Aku terjaga apabila
alarm berdering dan jam di dinding menunjukkan sudah pukul 9am, aku pun bergegaslah bangun dan bersiap kerana hari ini aku ada satu tugasan yang berat, di jemput untuk menjadi salah seorang JURI kepada UJIBAKAT PENCARIAN GADIS & TERUNA SELANGOR
fm di Universiti Islam Antarabangsa kampus Gombak...
Dengan keadaan mata yang rabak (semalam tidur lambat sebab menyiapkan tugasan aku), aku drove ke UIA dan bila sampainya kat sana, aku bukannya familiar sangat dengan tempat tu tetapi nasib baiklah ada adik2 students yang membantu, menunjukkan arah ke dewan kuliah yang digunakan untuk ujibakat tersebut...
Aku diperkenalkan kepada 2 lagi juri, Puan Salbiah Sharif
(Selangorfm) dan Puan Fadzlena Jafar (
Editor, Women's Page - Berita Harian) yang akan bergandingan bahu bersama dengan aku di dalam menjalankan tugasan yang telah diamanahkan kepada kami...
Suasana pagi tadi agak suram kerana tidak berapa ramai yang datang tetapi apabila menjelang tengahari, makin ramailah pulak yang datang mendaftarkan diri dan semestinya kami amat gembira dengan sambutan hangat yang telah diberikan oleh pelajar2 UIA dengan mengambil bahagian di dalam sesi ujibakat tersebut.
Nasib baiklah Azura Basir (Penerbit Pencarian Gadis & Teruna Selangorfm) sudi untuk membantu aku mengambil beberapa keping gambar aku untuk diabadikan di blog aku ni (sekeping yang di atas tu, pelajar UIA yang tolong ambikkan, lupa lak nama dia, sorry ek) dan segalanya berjalan dengan lancar dengan pelbagai ragam dan kerenah2 yang melucukan daripada contestants dan agak memeranjatkan aku kerana sebahagian daripada mereka sememangnya mempunyai bakat 'terendam' dan sekiranya diberi peluang, mampu untuk menjadi pelapis kepada para selebriti dan personaliti yang sedia ada...
Apa yang aku pelajari semasa berada di sana sebagai juri, rupa2nya bukanlah mudah untuk menjadi selebriti dan personaliti kerana terlalu banyak kriteria yang mesti ada (atau boleh dipupuk dari masa ke semasa melalui pengalaman, sekiranya diberikan peluang) di dalam diri seseorang dan yang paling ketara sekali, keyakinan diri dan penghayatan yang baik bagi merealisasikan sesuatu watak yang diamanahkan kepada kita...
Apa pun, aku mahu berterima kasih kepada Puan Hamidah Aris (Penerbit Penyelaras) kerana telah memberi peluang kepada aku mencuba sesuatu yang baru dan semoga bakal GADIS & TERUNA SELANGORfm mampu untuk menjadi ikon kepada rakan2 seangkatan mereka dan juga kepada generasi yang akan datang demi untuk memeriahkan lagi industri seni tanahair yang sememangnya dah meriah...