Thursday, February 12, 2009

Trailer 'CINTA UNTUK AIN'

video

Akhirnya dapat jugak trailer drama bersiri Cinta Untuk Ain dan terima kasih bebanyak kepada Jalena Rejab (Penerbit Eksekutif GBSB) dan sekutunya kerana telah merealisasikan permintaan aku ni... Yang bestnya, kat TV belum keluar lagi tetapi aku dah dapat dulu buat tontonan semua kengkawan dan sesiapa sahaja yang berminat nak tengok...

Aku pun ngelabahlah jugak bila tengok tadi, punyalah jahat watak aku tetapi kepada rakan2 dan viewers, janganlah terpedaya dengan performance aku dalam drama ni, itu semua hanyalah lakonan semata-mata dan takde kena mengena dengan yang hidup atau pun yang dah 'pergi', hehehe...

Watak aku ni terlibat di dalam 2 era, semasa Farid (watak akulah tu) muda dan setelah 6 tahun daripada kejadian rogol tersebut.

Untuk mengetahui akan keseluruhan drama ni, jangan lupa ya pada 24hb Februari 2009... CINTA UNTUK AIN!

Sunday, February 8, 2009

Achievements!

Inilah pencapaian ku sepanjang bergelar anak seni dan sememangnya aku amat berbangga kerana kehadiranku di dalam industri seni tanahair diiktiraflah jugak walaupun tidak sehebat artis2 sedia ada yang jauh lebih menonjol kalau mahu dibandingkan dengan aku yang kerdil ni, yang penting, adalah jugak sikit2 daripada takde langsung, hehehe...

1) The Most Handsome Artiste 1996
· Voted by readers of Media Hiburan magazine.













2) The Best Magazine Cover 1996
· Voted by readers of Media Hiburan magazine

















3) Nomination for The Most Handsome Artiste 1997
· Voted by readers of Media Hiburan magazine

4) Nomination for Best Supporting Actor 1997
· 13th Malaysia Film Festival (Kuala Lumpur)
· Film: ‘Panas’ (Nur TV Productions Sdn. Bhd.)

5) Nomination for Best New Artiste 1998
· Anugerah Bintang Popular 98/99
· Voted by readers of Berita Harian newspaper

6) Best Supporting Actor 1998 (Film Category)
· Anugerah Skrin TV3
· Film: ‘Panas’ (Nur TV Productions Sdn. Bhd.)

7) Representative for Malaysia to 37th Asia Pacific International Film Festival (Taipei, 1998)
· Film: ‘Panas’ (Nur TV Productions Sdn. Bhd.)
· Film: ‘Raja Melewar’ (Film Masters Sdn. Bhd.)
· Film: ‘Perempuan Melayu Terakhir’ (Grand Brilliance Sdn. Bhd.)

8) The Most Handsome Artiste 1998
· Voted by readers of Media Hiburan magazine
















9) Nomination for Best Actor 1999 (Film Category)
· Anugerah Skrin TV3
· Film: ‘Perempuan Melayu Terakhir’ (Grand Brilliance Sdn. Bhd.)

10) Representative for Malaysia to Fukuoka International Film Festival – ‘Focus On Asia’ (Japan, 1999)
· Film: ‘Perempuan Melayu Terakhir’ (Grand Brilliance Sdn. Bhd.)

11) Second Runner-up for Hero Poskad Ceria & Sensasi Terbaik 1999
· Voted by readers of Mangga magazine

12) The Most Handsome Artiste 1999
· Voted by readers of Media Hiburan magazine












13) Nomination for The Most Popular Actor (Film Category) 1999
· Anugerah Bintang Popular 99/00
· Voted by readers of Berita Harian newspaper

14) Most Promising Actor 1999
· 14th Malaysia Film Festival (Ipoh, Perak)
· Film: ‘Perempuan Melayu Terakhir’ (Grand Brilliance Sdn. Bhd.)













15) Nomination for The 50 Most Eligible Bachelors 2000
· Voted by readers of CLEO magazine.

















16) CLEO’s Most Talked-About Man In Town 2000
· Voted by readers of CLEO magazine

17) Nomination for The Most Handsome Artiste 2000
· Voted by readers of Media Hiburan magazine

18) Representative for Malaysia to the 7th Pyongyang Film Festival of Non-Aligned & Other Developing Countries in North Korea 2000
· Film: ‘Perempuan Melayu Terakhir’ (Grand Brilliance Sdn. Bhd.)

19) Malaysia’s 50 Most Gorgeous People 2000
· Voted by FEMALE magazine

20) Nomination for The Most Popular Actor (Drama Category) 2001
· Anugerah Bintang Popular 00/01
· Voted by readers of Berita Harian newspaper

21) Nomination for The Most Handsome Artiste 2001
· Voted by readers of Media Hiburan magazine

22) Nomination for Best Foreign Actor 2004
· Pesta Perdana 7 (Singapore)
· Drama: ‘Dian 2 - Hidayah’ (MYI International Pte. Ltd.)

23) Nomination for Best Script 2005
· Anugerah Seri Angkasa, RTM
· Drama: ‘Ratu Hatiku’ (Zeel Productions Sdn. Bhd.)

24) Nomination for Best Script 2006
· Anugerah Seri Angkasa, RTM
· Drama: ‘Igauan Semalam’ (Zeel Productions Sdn. Bhd.)

25) Nomination for Best Actor (Drama Category) 2006
· Anugerah Skrin TV3
· Drama: ‘Korban Kala’ (Grand Brilliance Sdn. Bhd.)

26) Nomination for Best Supporting Actor (Drama Category) 2006
· Anugerah Skrin TV3
· Drama: ‘Seberat Zarah’ (Produksi Prima Kreatif Sdn. Bhd.)

27) Nomination for Best Supporting Actor 2008
· 21st Malaysia Film Festival (Penang)
· Film: ‘Cinta’ (Grand Brilliance Sdn. Bhd.)

Tuesday, February 3, 2009

Latest Drama!

video

Inilah drama bersiri aku yang paling terbaru dan insya'allah akan di tayangkan di TV3 pada 24hb Februari dalam slot Lestari.

Mula2 dapat skrip ni, agak terkejut gak dengan watak yang di offer oleh Jalena Rejab (Penerbit Eksekutif Grand Brilliance Sdn Bhd), watak bapak ayam!

Punyalah jahat yang tak ingat punya watak ni, aku pun called Jalena nak tanya dia betul ke dia nak offer watak macam tu kat aku dan dengan selambanya dia kata, yelah... Mula2 tu goyanglah jugak tetapi sebagai pelakon, aku pun sahutlah cabaran watak tersebut.

Setelah sekian lama tak berlakon dengan Kak Delimawati yang memegang watak Arfah iaitu 'Mak Ayam' dan ada pulak babak yang aku kena pukul dia dan tolak ke dalam longkang, kesian pulak tengok dia diperlakukan sedemikian tapi nak buat macam mana, watak dan kehendak babaknya dah macam tu.

Watak Ain pulak dipegang oleh Nabila Huda dan aku rasa ini di antara performance dia yang terbaik, watak di mana dia telah diperkosa oleh Farid (watak akulah tu) dan hendak dijual di seberang sebagai pelacur tetapi telah diselamatkan oleh 'Mak Ayam' dan berjaya melepaskan diri tetapi telah hilang ingatan dan telah diambil sebagai anak angkat kepada sebuah keluarga kaya yang kebetulan takde anak dan kalau nak tahu kesudahan drama ni, jangan lupa untuk menontonnya nanti ya.

Kali pertama bekerja dengan Que Haidar dan sememangnya dia ni di antara pelakon muda pelapis yang hebat dan aku sendiri pun agak kagum dengan performance dia dalam drama ni, diperkuatkan lagi dengan Ako Mustapha, Shukri Hashim, Normah Damanhuri dan beberapa lagi pelakon senior hebat tanahair dalam memantapkan lagi drama bersiri 13 episod ni...

Sunday, February 1, 2009

Yang Pertama!

Semalam takde nak buat apa2, selak2lah gambar2 lama sepanjang penglibatan aku di dalam industri seni tanahair, terpandanglah akan cover ni.. Ramai yang tak tahu bahawa inilah magazine cover aku yang pertama bersama dengan pelakon hot, Amelia Rosnaida...

Punyalah nak ketawa pun ada bila aku tengok balik gambar ni, budak betul rupa aku kat sini dan masa inilah drama bersiri JAGUH2 (projek aku yang ke3 dan drama yang ke2 aku) yang telah 'meledakkan' nama aku di dalam industri, sedang main di RTM dalam slot Spektra...

Drama yang mengisahkan tentang pemain badminton beregu negara yang mengalami penyakit kanser tetapi semangat juangnya yang tinggi, bertarung di gelanggang sehingga ke hujung nyawanya...

Amacam, tragis tak? Kali pertama aku menitiskan airmata dalam drama ni dan punyalah susah sehinggakan pengarah terpaksa membantu aku dengan membisikkan tentang perkara2 sedih ke telinga aku dan akhirnya aku berjaya menitiskan mata di dalam babak itu tetapi masalahnya, aku tak boleh berhenti menangis untuk beberapa ketika walaupun pengarah dah cut babak tersebut, kelakarlah pulak bila terkenangkan situasi tu.

Akan Datang!

Filem aku yang ke14 (Oktober 2008) nie akan menemui penonton di cinema kalau tak silap aku, insya'allah pada pertengahan tahun 2009... Filem romantic comedy nie mengisahkan 2 orang wanita 'pisau cukur' yang menaiki kapal cruise untuk mencari dan memikat lelaki2 kaya dan bermacam-macam kerenah yang akan berlaku sepanjang percubaan mereka untuk menarik perhatian lelaki2 kaya ini.

Kali pertama aku diberikan watak Dato' dan juga aku telah di minta untuk mengikuti kelas tarian bagi menjayakan babak ballroom dance competition yang di anjurkan oleh pihak kapal tersebut... Mula2 tu agak keras jugak setiap langkah2 aku dan tarian cha2 adalah tarian yang paling aku tak suka dalam hidup, kalau salsa ke atau tango ke, bolehlah jugak di cuba2...

Kami juga terpaksa mengikuti kelas intensive bagi mengenali watak2 yang akan dimainkan oleh para pelakon dan telah dikendalikan oleh pengarah filem ini sendiri, Bernard Chauly bersama dengan Aktor Zahim Albakri...

Aku memang suka berlakon dalam sesebuah filem yang mana bila shooting, keadaan lokasinya lain tetapi bila dah siap filem, seolah-olah kita berada di tempat yang lain pulak umpamanya, set kapal yang telah dibuat hanyalah di beberapa tempat yang tiada kena mengena langsung dengan kapal tetapi telah dipaparkan seolah olah kami betul2 sedang berada di atas kapal... Mati2 aku ingat masa mula2 tu kita orang akan shooting atas kapal tetapi rupa2nya hanyalah set yang menyerupai kapal aje...

Lokasi : Sekitar Kuala Lumpur & Selangor.