Thursday, December 23, 2010

Damping Malam Lagi...

Tak berapa lama lagi, filem Damping Malam akan menjengah ke cinema2 dan sebenarnya aku tak sabar kerana mahu melihat sendiri respon daripada penonton tentang filem seram ini yang pada masa yang sama filem ini memaparkan tentang permasalahan kekeluargaan yang menjerumus manusia ke alam mistik dan hitam...

Bila sesebuah filem lakonan aku mahu menjengah ke cinema aje, hati berdebar-debar sebab sambutan daripada para penonton amat penting dan selalunya dijadikan ukuran kejayaan sesebuah filem dan aku berharap sangat agar Damping Malam akan mendapat sambutan yang baik agar industri perfileman tanahair akan dapat berkembang dengan baik dan secara tidak langsung, ianya akan dapat membantu para karyawan yang terlibat secara langsung untuk merasai nikmat sanjungan dan pujian dari orang luar setelah berpenat lelah dan bersengkang mata untuk menyiapkan sesebuah filem bagi tontonan masyarakat...

Diharapkan Damping Malam mampu untuk menghiburkan para penonton apabila ianya ditayangkan kelak dan pada masa yang sama, mampu untuk menyampaikan messages yang tersurat dan tersirat yang terdapat di dalam filem ini...

Sunday, December 12, 2010

Damping Malam!

Alhamdulillah, perjuangan aku sebagai pelakon layar perak masih lagi mendapat kepercayaan industri dan para karyawan yang berterusan memberikan aku peluang untuk muncul di pawagam...

Filem terbaru aku arahan Ahmad Idham yang membawa kisah seram yang mengisahkan tentang akibatnya apabila manusia bersekutu dengan makhluk halus dan tidak menyerahkan diri kita hanya kepada ALLAH SWT...

Kali ini aku memegang watak sebagai ustaz iaitu watak yang tak pernah aku bawa sebelum ini dan pada mulanya agak kelakar jugak apabila Ahmad Idham offered watak tersebut tetapi aku sambut cabaran beliau untuk tampilkan kelainan di dalam filem ini dan juga menjadi impian aku sejak dari awal penglibatan aku sebagai anak seni, yang sentiasa mahu memberikan kelainan di dalam setiap penampilan aku di layar perak....

Memang menjadi impian setiap pelakon layar perak, mahu melihat hasil keringat dan perahan kreativiti yang akan dipaparkan, akan mendapat sambutan yang positif dari para penonton dan secara tidak langsung ianya akan memacu semangat para karyawan yang terlibat untuk sentiasa mahu memberikan nafas yang baru kepada industri perfileman tanahair dan mempersembahkan produk2 yang baik dan berkualiti bagi 'santapan mata' peminat2 filem Melayu... Semoga terhibur kepada sesiapa yang mahu dan akan menontonnya kelak dan selamat menakutkan diri sendiri, hehehe...

Friday, December 10, 2010

Cerekarama 'DIMANA ISTERIKU?'

Kali ke2 bekerja dengan pengarah tersohor, Shahrulezad (kali pertama dalam cerekarama RATU CINTA) cuma kali ini cerekarama yang akan ditayangkan di TV3 pada hari sabtu ni, 11hb Disember lebih berat kalau nak dibandingkan dengan RATU CINTA...

Bukannya selalu boleh dapat skrip yang baik dan bila aku dapat skrip cerita ni, seolah olah aku sedang membaca sebuah novel kisah masyarakat yang menyayat hati dan tak sabar pulak nak tahu apakah kesudahan watak Borhan yang telah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap isteri yang dinikahinya atas kehendak keluarga dan bagaimana arak yang diharamkan oleh Islam, mampu untuk memporak perandakan institusi kekeluargaan dan memusnahkan segala harapan...

Jeng3, bunyi macam ok aje telefilem ni dan kalau berminat nak tahu secara keseluruhan gambaran yang telah diberikan, tengoklah sendiri nanti dan sebenarnya aku pun mengharap sangat agar telefilem ini akan mampu membuatkan kita terfikir sejenak bahawa hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan dan hargailah keluarga yang telah diamanahkan oleh ALLAH SWT kepada kita dan penuhilahnya dengan perasaan kasih dan sayang...