Wednesday, October 3, 2012

Filem BALUN 'Ini Gangster'

Penantian selama hampir 20 tahun akhirnya telah menjadi kenyataan apabila aku dapat tawaran untuk berlakon di dalam filem aksi MMA (Mixed Martial Arts) ini kerana ianya adalah salah satu daripada impian aku sebagai seorang pelakon, dipertemukan dengan pengarah dan juga penerbit filem ini, BOB DATO' AZIZ SINGAH hampir 2 tahun dulu, membincangkan tentang tawarannya pada aku tetapi untuk satu ketika, ianya sepi dan aku beranggapan bahawa mungkin filem ini tidak dapat nak direalisasikan kerana sudah menjadi kebiasaan, filem tidak akan tunggu lama untuk menjalankan penggambaran dan selalunya kalau lama sangat, tak jadilah tu.

Filem aksi MMA terbitan Elements Pictures Sdn Bhd ini mempertaruhkan bintang muda yang semakin meningkat naik, IZARA AISHAH & BETO KUSYAIRY dan juga ramai lagi 'muka baru' (mahir dalam seni mempertahankan diri) dapat dilihat bahawa filem BALUN ini mempunyai resepinya yang tersendiri apabila memfokuskan sebahagian besar daripada babak2 yang terdapat di dalam filem ini, menjurus kearah aksi2 yang brutal dan mencemaskan (mungkin itulah selling point bagi filem ini).

Memegang watak GODFATHER di dalam filem ini, memberikan aku satu kepuasan dan 'nafas baru' sebagai pelakon filem kerana kelainan yang terdapat di dalam filem ini dan banyak pengorbanan (sampai lupa apa itu nasi, hahaha, lebam dan bengkak2 seluruh badan) yang terpaksa dilakukan bagi menjayakan watak ini dan berusaha untuk melakukan semua babak2 aksi dan stunt yang melibatkan aku.

Lokasi : Seluruh Taiping, Perak.

Monday, October 1, 2012

Himpunan Filem2 MiG

Filem 8JAM ini dah pun selesai tayangannya di cinemas tetapi memori semasa menjalankan penggambaran filem ini di Penjara Taiping masih segar di dalam ingatan aku yang mana aku telah diberi peluang untuk membuat lawatan eksklusif ke dalam kamar gantung yang sebenarnya. Arahan sutradara Ahmad Idham ini bagi aku adalah satu percubaannya yang terbaik untuk mempersembahkan sebuah filem yang padat dengan aksi dan juga telah mendapat khidmat dari pengarah aksi dari Thailand yang mana ianya telah membuahkan hasil yang agak menakjubkan. Bagi aku, ini adalah satu perkembangan yang baik apabila terdapatnya kerjasama diantara kedua negara bagi memartabatkan industri filem di rantau Asia Tenggara dan mungkin bagi segelintir pengkritik, akan mengatakan bahawa statement aku ni agak berlebihan tetapi sekurang-kurangnya ianya telah berhasil menggabungkan kepakaran masing2 untuk dimuatkan di dalam filem ini.

Memegang watak sebagai seorang ustaz di dalam filem ini adalah suatu perkara yang menarik di dalam kamus hidup aku sebagai seorang pelakon dan apabila aku dioffered untuk berlakon di dalam filem romantik komedi ini, aku terus menerimanya kerana kelainan watak yang aku terajui dan secara tidak langsung, ianya telah memberi peluang kepada aku memasukkan dalam list watak2 yang pernah aku pegang sebelum ni. Pengarah muda Ajiboy, adalah seorang pengarah yang mempunyai kelebihannya sendiri (anak didik sutradara terkenal, Mamat Khalid) dan yang sebenarnya semasa beliau masih bergelar sebagai Pembantu Pengarah, beliau pernah meluahkan hasrat untuk mengambil aku berlakon di dalam filem pertamanya dan tidak sangka beliau mengotakan janjinya yang pernah diluahkan kepada aku suatu ketika dulu. SALUTE!

Tuesday, July 17, 2012

Aku Sutradara...

Pada 28hb Mei 2012, dengan secara rasminya aku telah bergelar seorang pengarah drama dan orang yang pertama sekali terpampang di dalam ingatan aku adalah abg Nahar Akbar Khan (pengarah filem JIBUN) kerana beliaulah orang pertama dalam hidup memberikan aku peluang untuk 'melaungkan' action dan cut, 2 perkataan yang sememangnya sinonim dengan pekerjaan sebagai pengarah, dalam drama bersiri UKKL yang telah menjalankan penggambarannya di Ipoh pada tahun 1999 (kalau aku tak silaplah sebab dah lama dah tu).

Pada mulanya nama aku naik sebagai salah seorang casting di dalam drama ini dan pengarah yang asal ialah Sutradara Haris Abdul Kadir tetapi terpaksa tarik diri kerana drama ini telah tertangguh untuk satu jangkamasa yang agak panjang, penerbit juga pengurus produksi dah mula 'pening lalat' sebab artis2 sudah dilocked dan juga lokasi penggambaran.

Pengurus produksi, Raja Mohammad datang bertemu dengan aku dan meluahkan perasaannya kerana ketiadaan pengarah untuk drama tersebut dan telah mengajukan cadangan supaya aku ambil peluang ini, pada mulanya aku agak bimbang kerana sebelum ini aku hanya bertindak sebagai pengarah sambilan untuk beberapa drama yang sudah ditayangkan tanpa ramai yang mengetahuinya tetapi drama bersiri 5 BUJANG ini akan menjadi satu tanggungjawab yang amat berat dan juga turning point di dalam hidup aku iaitu satu lagi langkah kehadapan menuju ke arah kerjaya yang diidamkan oleh ramai anak2 seni tanahair.

Aku mengambil masa selama 2-3 hari untuk menimbangkan cadangan itu, juga aku berterima kasih kepada isteriku yang tercinta kerana dengan kata2 semangat beliaulah yang telah membuatkan aku menjadi lebih yakin untuk menyahut tanggungjawab berat itu (mana tak beratnya kalau RM beratus ribu duit penerbit di atas bahu kita, kalau lingkup abislah duit campak masuk longkang).

Aku mengambil masa selama 22 hari untuk menyiapkan drama bersiri 5 BUJANG ini dengan pelbagai kerenah, situasi yang menyenangkan dan juga kurang menyeronokkan seperti kena 'sound' dengan members di salah sebuah kelab di Kuala Lumpur sehinggakan aku terpaksa membatalkan penggambaran disitu dan terus ketempat lain dan pelbagai lagi kesusahan juga kepayahan yang terpaksa diharungi oleh aku dan team aku namun akhirnya, aku berjaya menghabiskan tugas yang diamanahkan di dalam suasana yang meriah diantara kami semua.

Drama bersiri 5 BUJANG ini adalah terbitan Saphire Screen Sdn Bhd untuk tayangan di RTM dengan menampilkan para pelakon muda yang sedang hangat dipasaran dan akhir kata, aku amat mengharapkan agar drama bersiri ini akan dapat memberikan satu kelainan dan satu nafas yang segar di dalam industri penyiaran tanahair, insyaALLAH.

Friday, June 29, 2012

Trailer Filem 8 JAM!

Akhirnya setelah sekian lama menunggu, filem 8JAM akan menemui para peminat filem aksi yang akan ditayangkan di cinemas yang berdekatan pada 5hb Julai 2012, filem ini di antara filem2 aku yang aku sendiri nanti2kan kerana keunikannya dari segi kerjasama dengan team aksi yang diimpot khas dari Thailand (yang pernah bekerjasama dengan Tony Jaa) dan diantara filem aksi kegemaran sutradara filem ini, Ahmad Idham yang mana ianya insyaALLAH akan mampu menarik minat penonton untuk ke cinemas dan meyokong filem ini agar ianya mampu untuk menjadi diantara produk yang laris di pasaran dan diminati ramai dan juga diharapkan agar ianya mampu memberikan 'nafas segar' di dalam industri perfileman tanahair.
                  

Tuesday, May 15, 2012

Seindah Sakura...

SEINDAH SAKURA sudah pun menjengah di kaca TV dan harapan aku agar SS mampu untuk menjadi salah sebuah naskah yang baik memandangkan barisan para pelakon yang telah bekerjasama dengan baik, jalan cerita yang menarik dan juga garapan yang baik daripada pengarah muda dan juga pelakon versatil, Zul Huzaimi dan juga sebahagian daripada babak yang terdapat di dalam SS telah direalisasikan di Paris bagi memberikan satu nafas yang lain kepada drama bersiri ini.

Kisah masyarakat yang mungkin ada diantara para penonton akan menperkatakan bahawa naskah ini adalah naskah klise tetapi approachnya amat berlainan sekiranya mahu dibandingkan dengan drama2 yang terdapat di dalam industri tempatan.

Gandingan yang baik di antara Fasha Sandha dan Fahrin Ahmad, yang mana insya'ALLAH SS mampu untuk menarik minat dan perhatian para penonton untuk menonton drama bersiri ini sehingga kepenghujungnya. 

Percubaan mengarah drama bersiri yang pertama buat Zul Huzaimi dan kali pertama bekerjasama dengan beliau sebagai pangarah dan pelakon, bagi aku, Zul Huzaimi telah berjaya di dalam misinya untuk mempersembahkan yang terbaik dan mungkin ada yang akan berkata disebabkan aku terlibat di dalam SS dan aku akan memberikan respon yang positif, jadi aku serahkan kepada para penonton untuk menilai sendiri akan kehebatan SS yang sedang berlegar di kaca TV3 pada setiap hari Isnin-Khamis pada pukul 7pm... Semoga terhibur...

Friday, April 20, 2012

Bunga-Bunga Syurga.

Salam 1Malaysia pada semua readers, agak lama dah tak update bukan sebab takde bahan cuma kurang masa aje, sibuk dengan kerja2 dan urusan peribadi yang tidak selesai2, biasalah nak cuba berikan yg terbaik buat industri, perniagaan dan keluarga...

Terpanggil pulak yang sebenarnya untuk menurunkan sepatah dua kata untuk drama BUNGA-BUNGA SYURGA yang sedang ligat ditayangkan di TV3 pada setiap Jumaat malam, inilah kali pertama aku terlibat secara langsung di dalam slot Zehra, yang menitik beratkan tentang kekeluargaan, pengajaran dan keagamaan dan aku sebenarnya apabila dipanggil untuk menjayakan BBS, tak tahulah pulak ianya untuk slot Zehra yang sememangnya sudah mempunyai fanbasenya yang tersendiri dan apabila diberitahu oleh pengarahnya, Sutradara Nazir Juhan aka Jetlee, agak meremanglah bulu roma apabila mengetahui akan beratnya tanggungjawab yang bakal dipikul kerana sekiranya ia tidak berjaya sebagai sebuah produk yang penuh dengan pengajaran dan messages yang mahu disampaikan kepada para penonton peminat setia slot Zehra ini, bakal mengundang kritikan2 yang kurang sedaplah didengar oleh telinga, hehehe...

Alhamdulillah, dalam kerisauan dan keresahan dalam menantikan feedback tentang BBS, terlerai apabila telah diberitahu, BBS telah mendapat sambutan yang baik dari pihak stesyen TV dan dari orang luar iaitu para penonton BBS yang boleh menerima dan menyukai drama tersebut dan sambutan para penonton drama ini semakin meningkat dari minggu ke minggu, inilah dia diantara kepuasan bergelar anak seni selain daripada mendapat imbuhan hasil kerja kita, sokongan dan penerimaan yang baik dari para penonton telah membuatkan hasil penat lelah kita untuk memberikan yang terbaik, terbalas dengan begitu positif...

Akhir kata, terima kasih kepada para penonton BUNGA-BUNGA SYURGA diatas sokongan yang telah diberikan kepada saya dan seluruh warga kerja BBS!