Apabila hampir menjelangnya Hari Raya, yang pasti ramai produser akan berlumba -lumba untuk menjalankan penggambaran drama TV yang memaparkan kisah masyarakat Melayu yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang mana, ada yang akan memilih jalan cerita yang akan membuatkan penonton menitiskan airmata dan ada jugak yang akan memilih jalan cerita yang akan membuatkan penonton ketawa terbahak bahak menonton drama khas ini sambil menikmati juadah hari raya umpamanya kuih bahulu yang sedap sesangat apabila dicicah dengan kopi O panas (hehehe, saja aje nak nyakat kengkawan yang sedang berpuasa tu)...
Sebenarnya sepanjang penglibatan aku sebagai pelakon, inilah kali pertama aku menjayakan drama yang mengisarkan tentang Hari Raya dan digandingkan pulak dengan bintang2 cilik yang comel seperti Maisarah (dah lama teringin nak berlakon dengan sicomel ni selepas menonton lakonan selambanya dalam Diari Ramadhan Rafiq) dan hero Hikayat Putera Shazlan ni...
Kali ke2 bergandingan dengan Rozita Che Wan sebagai suami isteri dan juga dengan kehadiran Nabil sebagai adik ipar yang kononnya telah berjaya diseberang sebagai pelakon sinetron yang pulang untuk berhari raya bersama keluarga, pasti akan dapat menarik minat penonton untuk menonton drama semi komedi ini yang akan ditayangkan di TV3 pada hari raya akan akan menjenguk kita tidak lama lagi...
Mengisahkan tentang suami isteri (aku & Rozita Che Wan) yang menghadapi masalah untuk balik ke kampung siapa pada hari raya nanti dan sepatutnya pada tahun ini, mereka mesti pulang ke N.Sembilan kampung sisuami tetapi disebabkan adiknya siisteri (Nabil) yang akan pulang berhari raya dari Indonesia ke Penang telah menyebabkan konflik dalaman di antara mereka sehingga terpaksa menjalankan 'pilihanraya kecil' bagi menentukan pemenang untuk memilih balik ke N.Sembilan ke atau ke Penang...
Bagi kengkawan yang mahu tahu kesudahan drama ini, jangan lupa untuk saksikan KUIH GOYANG SEHA pada hari raya nanti di TV3 dan selamat berpuasa!