Wednesday, June 16, 2010

Drama Ramadhan 'KUIH GOYANG SYAFIQ'

Drama bersiri ini adalah kesinambungan telefilem raya tahun yang lepas iaitu KUIH GOYANG SEHA (refer di ruangan sebelum ini TELEFILEM RAYA : KUIH GOYANG SEHA) yang telah ditayangkan di TV3 slot Cerekarama pada musim raya dan telah mendapat sambutan yang baik dari para penonton pada ketika itu akhirnya timbullah ilham untuk menjadikan telefilem itu dalam bentuk drama bersiri pulak...

Masih mengekalkan sebahagian besar daripada para pelakon yang berlakon dalam telefilem tahun lepas cuma Kak Wan Maimunah (watak ibu kepada SHAHRUL watak yg dipegang oleh aku sendiri) dan Jasmin Hamid (watak ROZITA, iaitu teman sekerja SEHA yang dimainkan oleh Rozita Che Wan) cuma kali ini watak SYAFIQ, watak yang dimainkan oleh Nabil telah dikembangkan dan lebih diberi penonjolan sehingga tajuk drama asal telah ditukar kepada KUIH GOYANG SYAFIQ.

Kali pertama bekerja dengan pengarah berkaliber, Jetlee Nazir Juhan adalah satu impian aku sebab akhirnya dapat jugak bekerja dengan beliau (asalnya dulu salah seorang daripada cameraman yang disegani dan juga suami kepada pelakon, Nurseha)...

Masih mengekalkan konsep kekeluargaan yang menghadapi masalah apabila menjelangnya Hari Raya kerana masing2 berebut untuk balik kampung siapa pada tahun ini dan pelbagai masalah yang lucu timbul disepanjang cerita ini dan saksikan bagaimana Syafiq (Nabil Raja Lawak) membancuh dan membuat KUIH GOYANG SYAFIQ, drama bersiri ini yang akan ditayangkan (insya'ALLAH) pada sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini nanti..

Friday, June 11, 2010

Galeri DUYONG ARIDINATA

Sedang2 melepak kat lokasi DUYONG ARIDINATA sementara menunggu krew2 menyiapkan set untuk babak seterusnya yang melibatkan aku, kelihatan kelibat Penerbit Eksekutif Zeel Production sedang melangkah ke arah kami dengan gaya ala2 James Bond dan terus menyapa aku yang sedang dok memerhatikan dia pada masa tu...

Panjang jugaklah bercerita dengan dia tentang perjalanan penggambaran drama bersiri yang akan mengisi slot LAGENDA di TV3 pada Julai ini (kalau tak salahlah ya) sebab dorang baru saja balik dari Pulau Lang Tengah, Terengganu bagi penggambaran underwater DUYONG ARIDINATA ni dan sempat jugaklah dia promosi kat aku dengan menunjukkan gambar2 menarik yang telah diambil dan akan dimuatkan di dalam drama bersiri ini...

Teruja jugaklah bila melihatkan gambar2 underwater dan pada masa yang sama, seronok sebab aku pun terlibat secara langsung di dalam drama (walaupun watak tak besar), berlakon sebagai ROSLI, pengusaha restoran dan juga ayah kepada CLEO, watak yang dimainkan oleh Fasha Sandha...

Diantara impian sebahagian besar karyawan2 seni tanahair adalah sentiasa mahu menampilkan kelainan di dalam produk2 mereka, termasuk jugaklah para selebriti yang sentiasa mengidamkan watak2 yang boleh mencabar kewibawaan mereka sebagai anak seni dan itulah cabaran yang dipikul oleh 3 peranan utama drama bersiri ini, Fasha Sandha, Zack X-Factor dan Natasha Hudson yang mana mereka begitu teruja dan telah berusaha bersungguh sungguh untuk merealisasikan watak masing2...

Apa pun, aku nak ucapkan tahniah buat semua tenaga kerja yang bermati-matian untuk buat yang terbaik dan juga salute kepada pengarahnya Adam Hamid (kali pertama bekerja dengan dia sebagai Pengarah sebab dulu masa kerja dengan dia masih lagi sebagai Penolong Pengarah aje), Penerbit yang dihormati Haji Fadzil (biasalah kena kipas sikit, untung2 adalah next jobs, kuang3) dan Penerbit Eksekutif ala2 James Bond, Bobby dan diharapkan agar drama bersiri ini mampu untuk menarik minat penonton untuk menontonnya kelak, insya'ALLAH...

Thursday, June 10, 2010

Telefilem RATU CINTA...

PROMOSI GO! TEMPOYAK!!!

DANGDUT 'MEMORI DAUN PISANG'

Di antara telefilem kegemaran aku yang mana sampai bila2 pun takan boleh lupa apabila terpaksa menyanyi dan berdansa dangdut lagu yang pernah popular suatu ketika dulu 'MEMORI DAUN PISANG'!

Punyalah dah lama tak bekerjasama dengan aktres Jasmin Hamid tup tup telah digandingkan pulak drama komedi RATU CINTA ini dan aku memegang watak pengusaha GO! TEMPOYAK yang telah berjaya memasarkan tempoyak sehingga ke negara Arab (tak tahulah pulak orang Arab suka makan tempoyak, ada ke?).

Jasmin memang dah biasa dah buat drama2 komedi yang macam ini dan bagi aku pulak, ini kali pertama setelah 16 tahun melibatkan diri di dalam industri hiburan tanahair, mendapat watak yang sebegini, punyalah segan gila masa nak buat babak berangan ni sebab habis semua krew2 yang terlibat didalam drama ini bantai ketawakan aku tapi apa boleh buat, tanggungjawab yang telah diamanahkan mesti dilaksanakan dengan ikhlas, aku pun apa lagi, belasah ajelah... Nasib baik aku ni cepat jugak pick up step2 menari tu dan menjadilah pulak! (biasalah masuk bakul sendiri angkatlah, kuang3)...

Kali pertama pulak tu bekerja dengan pengarah yang sedang meningkat naik (dengan lajunya dalam industri sekarang ni setelah kejayaan beliau dalam drama SUTUN, yang pernah popular dan hangat menjadi bualan ramai pada ketika itu sehinggalah ada permintaan daripada pihak TV untuk kesinambungannya iaitu SUTUN 2) SHAHRULEZAD, yang kreatif dan bergeliga kepalanya...

Apa pun, perkara dah pun berlalu, gelekan aku yang mungkin akan 'mengembangkan tekak' para penonton ini akan menjengah ke TV3 pada bulan Julai ini (tapi tak tahu tarikhnya) pada hari sabtu slot cerekarama, tungguuuu....