Wednesday, June 16, 2010

Drama Ramadhan 'KUIH GOYANG SYAFIQ'

Drama bersiri ini adalah kesinambungan telefilem raya tahun yang lepas iaitu KUIH GOYANG SEHA (refer di ruangan sebelum ini TELEFILEM RAYA : KUIH GOYANG SEHA) yang telah ditayangkan di TV3 slot Cerekarama pada musim raya dan telah mendapat sambutan yang baik dari para penonton pada ketika itu akhirnya timbullah ilham untuk menjadikan telefilem itu dalam bentuk drama bersiri pulak...

Masih mengekalkan sebahagian besar daripada para pelakon yang berlakon dalam telefilem tahun lepas cuma Kak Wan Maimunah (watak ibu kepada SHAHRUL watak yg dipegang oleh aku sendiri) dan Jasmin Hamid (watak ROZITA, iaitu teman sekerja SEHA yang dimainkan oleh Rozita Che Wan) cuma kali ini watak SYAFIQ, watak yang dimainkan oleh Nabil telah dikembangkan dan lebih diberi penonjolan sehingga tajuk drama asal telah ditukar kepada KUIH GOYANG SYAFIQ.

Kali pertama bekerja dengan pengarah berkaliber, Jetlee Nazir Juhan adalah satu impian aku sebab akhirnya dapat jugak bekerja dengan beliau (asalnya dulu salah seorang daripada cameraman yang disegani dan juga suami kepada pelakon, Nurseha)...

Masih mengekalkan konsep kekeluargaan yang menghadapi masalah apabila menjelangnya Hari Raya kerana masing2 berebut untuk balik kampung siapa pada tahun ini dan pelbagai masalah yang lucu timbul disepanjang cerita ini dan saksikan bagaimana Syafiq (Nabil Raja Lawak) membancuh dan membuat KUIH GOYANG SYAFIQ, drama bersiri ini yang akan ditayangkan (insya'ALLAH) pada sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini nanti..

14 comments:

  1. baru tau yang tu kuih goyang :P

    ReplyDelete
  2. salam boy... ada macam2 nama kuih tu yang sebenarnya, loyang, ros... mungkin gak ada nama lain yang kita tak tahu, lain negeri lain pulak namanya...

    ReplyDelete
  3. salam.. :P

    haaa before ni panggil ros.. baru teringat

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Xsabar nyer nak tgk!!! mesti best...
    Kuih Goyang Seha pon best!

    ReplyDelete
  5. tahniah, x sabar ni nak ngok citer ni....

    ReplyDelete
  6. saya panggil kuih sarang tebuan jer..haha..kuih ni memang sedap makan time raya..xsabar nak tengok..congrate!

    ReplyDelete
  7. nak tengok la.. mcm bes je.. mesti lucu kan?

    ReplyDelete
  8. x sbr nak tgk gak..mesti kelaka..hehe

    ReplyDelete
  9. Salam,
    harap ditayangkan kena
    pd wak2nya agr kami
    dpt menonton.

    ReplyDelete
  10. WAJIB TONTON , kalau lepas RUGI

    ReplyDelete
  11. salam all, tengkiu2 for the support...

    ReplyDelete
  12. Kalau dekat Brunei kueh tu dipanggil dengan nama KUEH CACAH, rupanya disana dipanggil dengan nama kueh GOYANG... Betul tu eizlan, lain negeri lain nama panggilannya. Apa pun utk drama kali ini mungkin ianya akan lebih seronok lagi dari drama yg lepas. Mesti tengok punya..... Didoakan semoga Eizlan akan terus Maju dan berjaya lagi... Amin...!

    Peminat mu dari Seberang Brunei...
    ILHAM HM

    ReplyDelete
  13. kat penang.. kuih tuu dipanggil 'kuih loyang'.. kuih tuu rapuh.. yummy <3

    ReplyDelete