Wednesday, July 31, 2013

Telefilem Islamik 'Imam Bisu'

Lama jugak dah tak update blog sebab sibuk sangat dengan kerjaya, perniagaan dan keluarga dan kebetulan pulak ni, adalah masa dan idea yang mahu dikongsikan bersama dengan kawan2 yang masih setia mengikuti blog saya walaupun saya sepi seketika...

Agak lama jugak aku tinggalkan dunia belakang tabir (selain daripada mengarahlah) sebagai Penerbit Eksekutif yang mana syarikat produksi terakhir adalah bersama dengan Ahmad Idham iaitu Excellent Pictures Sdn. Bhd. suatu ketika dulu dan sekarang aku telah kembali ke jawatan ini dan kali ini bersama dengan Dato' Rafena sebagai penerbit dan juga boss kepada Dark Wave Pictures Sdn. Bhd. yang sudah bertapak di dalam industri dalam hampir 5 tahun, menerbitkan drama2 bagi tayangan stesyen TV tahanair.

IMAM BISU adalah telefilem pertama aku sebagai penerbit eksekutif bersama dengan syarikat ini dan telah siap sepenuhnya hanya menunggu tarikh tayangannya sahaja. Diantara kelebihan yang ada di dalam telefilem ini selain daripada penceritaannya yang kemas hasil daripada garapan yang cemerlang daripada sutradaranya JEBAT ISQANDAR dan juga lakonan yang mantap dari para pelakon yang terlibat di dalam telefilem ini, aku seronok apabila dapat memperkenalkan anak kepada Allahyarham M.Rajoli, USTAZ ARIF untuk bersama dengan kami menjayakan telefilem ini.

Ianya satu penghormatan buat aku kerana Allahyarham adalah antara pelakon senior yang aku amat sanjungi dan diharapkan agar anaknya mampu untuk meneruskan 'perjuangan' beliau demi untuk menaikkan martabat industri seni tahanair di dalam bidang yang khusus ke arah keagamaan demi untuk menyampaikan kepada para penonton ilmu2 yang bermanafaat selain daripada berhibur semasa menonton produk2 yang hebat2.

Mengisahkan seorang anak muda disebuah kampung yang bercita-cita untuk menjadi imam di kampung tersebut tetapi menghadapi dilema apabila dia dilahirkan sengau dan menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran demi untuk meneruskan impiannya, suatu produk yang menarik dan pastinya akan membuatkan penonton akan mahu menunggu sehingga kesudahannya untuk mengetahui apa yang bakal terjadi kepada IMAM BISU tersebut.

2 comments:

  1. Salam ukhwah, dato. Imam Bisu buah tgn hebat. X sabar nak tonton.

    ReplyDelete
  2. Salam Dato' Eizlan, kak Rose dah tgk filem Tembus smlm. Ok juga, cuma ending nya membuatkan penonton tertanya-tanya siapa yg mati. Tapi yg bestnya ialah Asp Shamsul yg segak beruniform polis. Anyway, boleh approve my request dlm instagrram? Terima kasih. - Datin Rose Azman (BloomingBelle2112

    ReplyDelete