Monday, May 4, 2009

Anugerah Bintang Popular 2008...

Setelah sekian lama menyepikan diri, aku telah dinamakan sebagai salah seorang daripada penyampai anugerah bagi kategori Penyanyi Lelaki & Wanita Popular (yang telah dimenangi oleh Mawi & Dato' Siti Nurhaliza) di Anugerah Bintang Popular 2008 yang telah diadakan di Genting Highlands, digandingkan bersama dengan Umie Aida dan Maya Karin yang mana tidak secara langsung mempromosikan filem PISAU CUKUR kami.

Aku telah dikehendaki untuk berada di Genting Highlands oleh pihak penganjur pada hari sabtu 12hb April bagi menjalani rehearsal bersama dengan Umie Aida (Maya Karin tidak hadir kerana ada urusan) dan berkesempatan jugaklah berjumpa dengan kengkawan juga sempat meluangkan masa bercuti bersama dengan isteri dan anak yang tercinta selepas rehearsal tersebut.

Full Dress Rehearsal telah berlangsung pada sebelah malam tersebut bagi memperbetulkan apa2 juga kekurangan sehinggalah menjelang ke pukul 11pm dan pulang ke bilik hotel yang telah disediakan oleh pihak penganjur pada masa itu.

Monday, March 30, 2009

Telefilem 'KERANA SAYANG'

Sepatutnya aku dah bertolak ke Kemboja untuk menghabiskan drama bersiri LARA yang akan meneruskan penggambarannya di sana tetapi atas sebab2 teknikal, pemergian kami terpaksa ditangguhkan sehingga 13hb April dan boleh kata agak meloponglah sebab dah terpaksa tolak job2 sebelum ini.

Aku terima panggilan 2 hari lepas daripada Dark Wave Pictures yang kebetulan mahu menjalankan penggambaran telefilem KERANA SAYANG bagi tayangan di RTM dan aku telah di offer salah satu daripada watak pembantu di dalam drama itu jadi aku pun terimalah undangan tersebut.

Aku memegang watak Syed Imran iaitu seorang usahawan berjaya dan telah berkahwin dengan Lara Jasmin (Aida Aris) tetapi terpaksa merahsiakan perkahwinannya dari pengetahuan Mira, adik Lara Jasmin yang cacat setelah terlibat di dalam satu kemalangan dan telah berjanji tidak akan berkahwin sebelum Mira kahwin dulu tetapi Lara Jasmin telah melanggar janjinya itu.

Sunday, March 22, 2009

Teaser PISAU CUKUR.

Filem PISAU CUKUR sudah masuk ke fasa yang terakhir sebelum ianya akan menemui para penonton pada bulan November ini (sepatutnya bulan Jun tetapi ada beberapa lagi perkara yang berkaitan dengan teknikal untuk memantapkan lagi filem ini yang masih belum selesai).

Bersama dengan Pengarah Fotografi, Haris Hue Abdullah aka Keong

Khabarnya, pengarah filem ini sudah pun berada di Kuala Lumpur (sebelum ini beliau berada di London) bagi meneliti proses2 terakhir yang melibatkan suntingan akhir dan juga mengemaskinikan teknik2 CGi yang diguna pakai di dalam filem ini dan nampak gayanya aku kenalah bersabar sikit sehingga ke bulan November sebabnya aku sudah mempersiapkan diri untuk turut sama di dalam rangka promosi yang sepatutnya akan bermula pada bulan Mei.

Tuesday, March 17, 2009

Himpunan Filem2 CAMEO

Kali pertama aku dijemput untuk melakonkan watak CAMEO pada tahun 2004 di dalam filem TANGKAI JERING arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen dan seterusnya pada tahun yang sama, sekali lagi dioffered untuk watak sebegini dalam filem AKU NO.1, arahan selebriti popular Aznil Hj. Nawawi dan seterusnya yang paling terbaru, SENARIO THE MOVIE EP.1 dibawah arahan Ahmad Idham pada tahun 2008.

Yang sebenarnya aku tidak berapa gemar untuk mengambil watak2 sekadar 1-2 babak ni tetapi lebih kepada sikap kekawanan dan tidak mahu menghampakan permintaan kengkawan, aku buat jugaklah dan kalau mahu dikirakan mileage yang akan diterima dengan memainkan watak2 CAMEO ni, taklah seberapa sangat bagi aku tetapi mungkin (aku harap sangatlah) dengan kehadiran aku di dalam filem2 tersebut bolehlah memberi sedikit warna di dalam filem itu (atau pun mungkin kalau takde pun, takpe kot, hehehe).

Kali pertama bekerjasama dengan Aznil dan Prof Madya A. Razak adalah satu penghormatan buat aku cuma tidak ada apa yang sempat aku timba ilmu daripada mereka kerana hanya terlibat 1 babak saja dalam setiap filem tersebut, tak sampai 1 jam shooting, dah habis babak yang aku terlibat tu dan terus balik, hehehe.

Filem PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM 2 ini pulak, aku tak tahu nak kategorikannya macam mana sebab beberapa babak yang melibatkan aku di dalam filem ini telah di ambil semasa aku terlibat secara langsung di dalam filem PONTIANAK HARUM SUNDAL 1 tetapi takpelah, yang penting adalah jugak pembabitan aku di dalam filem ini.

Wednesday, March 4, 2009

Drama Bersiri 'LARA'

Sekarang ni aku sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri terbaru aku yang berjudul LARA, terbitan Eurofine (M) Sdn Bhd sebanyak 26 episod yang akan ditayangkan di RTM tidak lama lagi...
Setelah selesai shooting drama CINTA UNTUK AIN (watak antagonis), aku terus sambung kerja dengan drama yang ni pulak dan yang kelakarnya, watak jahat jugak! Cuma kali ini aku taklah pegang watak bapak ayam tetapi watak penjual insuran yang sentiasa mengambil kesempatan ke atas pelanggan2nya, kaki judi dan playboy yang mana nanti akan menghadapi masalah apabila terjebak dengan Ah Long dan terpaksa melarikan diri ke Kemboja (ada peluang shooting kat Kemboja, hehehe)...

Memegang watak 2 era sekali lagi, yang mana setelah melarikan diri ke Kemboja dari buruan Ah Long dan sekembalinya nanti selepas 15 tahun sebagai usahawan yang berjaya tetapi kesilapan lampaunya kembali menghantui hidupnya, jeng jeng jeng, nak tahu apa yang akan berlaku kepada watak Fariq lakonan aku, jangan lupa saksikannya nanti di TV ya...

Sunday, March 1, 2009

Pencarian Gadis & Teruna Selangorfm.

Aku terjaga apabila alarm berdering dan jam di dinding menunjukkan sudah pukul 9am, aku pun bergegaslah bangun dan bersiap kerana hari ini aku ada satu tugasan yang berat, di jemput untuk menjadi salah seorang JURI kepada UJIBAKAT PENCARIAN GADIS & TERUNA SELANGORfm di Universiti Islam Antarabangsa kampus Gombak...

Dengan keadaan mata yang rabak (semalam tidur lambat sebab menyiapkan tugasan aku), aku drove ke UIA dan bila sampainya kat sana, aku bukannya familiar sangat dengan tempat tu tetapi nasib baiklah ada adik2 students yang membantu, menunjukkan arah ke dewan kuliah yang digunakan untuk ujibakat tersebut...

Aku diperkenalkan kepada 2 lagi juri, Puan Salbiah Sharif (Selangorfm) dan Puan Fadzlena Jafar (Editor, Women's Page - Berita Harian) yang akan bergandingan bahu bersama dengan aku di dalam menjalankan tugasan yang telah diamanahkan kepada kami...

Suasana pagi tadi agak suram kerana tidak berapa ramai yang datang tetapi apabila menjelang tengahari, makin ramailah pulak yang datang mendaftarkan diri dan semestinya kami amat gembira dengan sambutan hangat yang telah diberikan oleh pelajar2 UIA dengan mengambil bahagian di dalam sesi ujibakat tersebut.

Nasib baiklah Azura Basir (Penerbit Pencarian Gadis & Teruna Selangorfm) sudi untuk membantu aku mengambil beberapa keping gambar aku untuk diabadikan di blog aku ni (sekeping yang di atas tu, pelajar UIA yang tolong ambikkan, lupa lak nama dia, sorry ek) dan segalanya berjalan dengan lancar dengan pelbagai ragam dan kerenah2 yang melucukan daripada contestants dan agak memeranjatkan aku kerana sebahagian daripada mereka sememangnya mempunyai bakat 'terendam' dan sekiranya diberi peluang, mampu untuk menjadi pelapis kepada para selebriti dan personaliti yang sedia ada...

Apa yang aku pelajari semasa berada di sana sebagai juri, rupa2nya bukanlah mudah untuk menjadi selebriti dan personaliti kerana terlalu banyak kriteria yang mesti ada (atau boleh dipupuk dari masa ke semasa melalui pengalaman, sekiranya diberikan peluang) di dalam diri seseorang dan yang paling ketara sekali, keyakinan diri dan penghayatan yang baik bagi merealisasikan sesuatu watak yang diamanahkan kepada kita...

Apa pun, aku mahu berterima kasih kepada Puan Hamidah Aris (Penerbit Penyelaras) kerana telah memberi peluang kepada aku mencuba sesuatu yang baru dan semoga bakal GADIS & TERUNA SELANGORfm mampu untuk menjadi ikon kepada rakan2 seangkatan mereka dan juga kepada generasi yang akan datang demi untuk memeriahkan lagi industri seni tanahair yang sememangnya dah meriah...

Debaran Semakin Dekat...

Tinggal beberapa bulan sahaja lagi, PISAU CUKUR akan menemui penonton di cinemas yang berdekatan dan secara tidak langsung, debaran dada semakin kuat kerana memikirkan tentang nasib filem aku yang terbaru ini...

Bukannya apa, sekiranya kita berlakon drama, para penonton boleh membuat pilihan samada untuk menonton drama yang melibatkan kita atau pun menukarkan siaran TV mereka tetapi tidak kepada filem kerana para penonton yang pergi ke cinemas kerana mereka mahu menonton filem dan mereka akan dikenakan bayaran untuk itu... Jadi tanggungjawab para karyawan filem amatlah berat demi untuk menyajikan sesuatu yang menarik agar tidak menghampakan para penonton yang mengharapkan sesuatu yang menarik dan segar...
Aku amat berbangga sebagai seorang pelakon kerana telah terpilih sebagai salah seorang artis yang terlibat secara langsung di dalam filem ini kerana bagi aku, filem ini mempunyai nilai2 komersialnya yang tersendiri dan pastinya akan menghiburkan para penonton yang bakal akan ke cinemas untuk menonton filem ini.

Aku rasa inilah di antara filem yang melibatkan terlalu ramai selebriti tanahair, tidak kiralah samada untuk watak utama, watak pembantu sehinggalah ke watak undangan khas yang mana ianya secara tidak langsung, mampu untuk dijadikan di antara daya penarik dan juga di antara kekuatan yang terdapat di dalam filem ini selain daripada performance yang mantap para pelakon baru dan lama yang terlibat di dalam filem ini.

Aku yakin yang filem PISAU CUKUR ini mampu untuk meraih minat penonton untuk ke panggung dan sekaligus akan terhibur dengan jalan ceritanya yang menarik, set dan kostum yang cantik dan juga keletah para selebriti yang berlakon di dalam filem ini...Yang pastinya buat masa ini, inilah satu2nya filem yang mengandungi 'rempah ratus' yang secukup rasa bagi memenuhi selera bakal penonton nanti... Nak cerita lagi takut lak orang akan cakap promosi terlebih lah pulak, jadi akhir kata buat masa ini, pastikan temu janji kita di cinemas yang berdekatan dengan anda kelak untuk menonton PISAU CUKUR!

Thursday, February 12, 2009

Trailer 'CINTA UNTUK AIN'

Akhirnya dapat jugak trailer drama bersiri Cinta Untuk Ain dan terima kasih bebanyak kepada Jalena Rejab (Penerbit Eksekutif GBSB) dan sekutunya kerana telah merealisasikan permintaan aku ni... Yang bestnya, kat TV belum keluar lagi tetapi aku dah dapat dulu buat tontonan semua kengkawan dan sesiapa sahaja yang berminat nak tengok...

Aku pun ngelabahlah jugak bila tengok tadi, punyalah jahat watak aku tetapi kepada rakan2 dan viewers, janganlah terpedaya dengan performance aku dalam drama ni, itu semua hanyalah lakonan semata-mata dan takde kena mengena dengan yang hidup atau pun yang dah 'pergi', hehehe...

Watak aku ni terlibat di dalam 2 era, semasa Farid (watak akulah tu) muda dan setelah 6 tahun daripada kejadian rogol tersebut.

Untuk mengetahui akan keseluruhan drama ni, jangan lupa ya pada 24hb Februari 2009... CINTA UNTUK AIN!

Sunday, February 8, 2009

Achievements!

Inilah pencapaian ku sepanjang bergelar anak seni dan sememangnya aku amat berbangga kerana kehadiranku di dalam industri seni tanahair diiktiraflah jugak walaupun tidak sehebat artis2 sedia ada yang jauh lebih menonjol kalau mahu dibandingkan dengan aku yang kerdil ni, yang penting, adalah jugak sikit2 daripada takde langsung, hehehe...

1) The Most Handsome Artiste 1996
· Voted by readers of Media Hiburan magazine.













2) The Best Magazine Cover 1996
· Voted by readers of Media Hiburan magazine

















3) Nomination for The Most Handsome Artiste 1997
· Voted by readers of Media Hiburan magazine

4) Nomination for Best Supporting Actor 1997
· 13th Malaysia Film Festival (Kuala Lumpur)
· Film: ‘Panas’ (Nur TV Productions Sdn. Bhd.)

5) Nomination for Best New Artiste 1998
· Anugerah Bintang Popular 98/99
· Voted by readers of Berita Harian newspaper

6) Best Supporting Actor 1998 (Film Category)
· Anugerah Skrin TV3
· Film: ‘Panas’ (Nur TV Productions Sdn. Bhd.)

7) Representative for Malaysia to 37th Asia Pacific International Film Festival (Taipei, 1998)
· Film: ‘Panas’ (Nur TV Productions Sdn. Bhd.)
· Film: ‘Raja Melewar’ (Film Masters Sdn. Bhd.)
· Film: ‘Perempuan Melayu Terakhir’ (Grand Brilliance Sdn. Bhd.)

8) The Most Handsome Artiste 1998
· Voted by readers of Media Hiburan magazine
















9) Nomination for Best Actor 1999 (Film Category)
· Anugerah Skrin TV3
· Film: ‘Perempuan Melayu Terakhir’ (Grand Brilliance Sdn. Bhd.)

10) Representative for Malaysia to Fukuoka International Film Festival – ‘Focus On Asia’ (Japan, 1999)
· Film: ‘Perempuan Melayu Terakhir’ (Grand Brilliance Sdn. Bhd.)

11) Second Runner-up for Hero Poskad Ceria & Sensasi Terbaik 1999
· Voted by readers of Mangga magazine

12) The Most Handsome Artiste 1999
· Voted by readers of Media Hiburan magazine












13) Nomination for The Most Popular Actor (Film Category) 1999
· Anugerah Bintang Popular 99/00
· Voted by readers of Berita Harian newspaper

14) Most Promising Actor 1999
· 14th Malaysia Film Festival (Ipoh, Perak)
· Film: ‘Perempuan Melayu Terakhir’ (Grand Brilliance Sdn. Bhd.)













15) Nomination for The 50 Most Eligible Bachelors 2000
· Voted by readers of CLEO magazine.

















16) CLEO’s Most Talked-About Man In Town 2000
· Voted by readers of CLEO magazine

17) Nomination for The Most Handsome Artiste 2000
· Voted by readers of Media Hiburan magazine

18) Representative for Malaysia to the 7th Pyongyang Film Festival of Non-Aligned & Other Developing Countries in North Korea 2000
· Film: ‘Perempuan Melayu Terakhir’ (Grand Brilliance Sdn. Bhd.)

19) Malaysia’s 50 Most Gorgeous People 2000
· Voted by FEMALE magazine

20) Nomination for The Most Popular Actor (Drama Category) 2001
· Anugerah Bintang Popular 00/01
· Voted by readers of Berita Harian newspaper

21) Nomination for The Most Handsome Artiste 2001
· Voted by readers of Media Hiburan magazine

22) Nomination for Best Foreign Actor 2004
· Pesta Perdana 7 (Singapore)
· Drama: ‘Dian 2 - Hidayah’ (MYI International Pte. Ltd.)

23) Nomination for Best Script 2005
· Anugerah Seri Angkasa, RTM
· Drama: ‘Ratu Hatiku’ (Zeel Productions Sdn. Bhd.)

24) Nomination for Best Script 2006
· Anugerah Seri Angkasa, RTM
· Drama: ‘Igauan Semalam’ (Zeel Productions Sdn. Bhd.)

25) Nomination for Best Actor (Drama Category) 2006
· Anugerah Skrin TV3
· Drama: ‘Korban Kala’ (Grand Brilliance Sdn. Bhd.)

26) Nomination for Best Supporting Actor (Drama Category) 2006
· Anugerah Skrin TV3
· Drama: ‘Seberat Zarah’ (Produksi Prima Kreatif Sdn. Bhd.)

27) Nomination for Best Supporting Actor 2008
· 21st Malaysia Film Festival (Penang)
· Film: ‘Cinta’ (Grand Brilliance Sdn. Bhd.)

Tuesday, February 3, 2009

Latest Drama!

Inilah drama bersiri aku yang paling terbaru dan insya'allah akan di tayangkan di TV3 pada 24hb Februari dalam slot Lestari.

Mula2 dapat skrip ni, agak terkejut gak dengan watak yang di offer oleh Jalena Rejab (Penerbit Eksekutif Grand Brilliance Sdn Bhd), watak bapak ayam!

Punyalah jahat yang tak ingat punya watak ni, aku pun called Jalena nak tanya dia betul ke dia nak offer watak macam tu kat aku dan dengan selambanya dia kata, yelah... Mula2 tu goyanglah jugak tetapi sebagai pelakon, aku pun sahutlah cabaran watak tersebut.

Setelah sekian lama tak berlakon dengan Kak Delimawati yang memegang watak Arfah iaitu 'Mak Ayam' dan ada pulak babak yang aku kena pukul dia dan tolak ke dalam longkang, kesian pulak tengok dia diperlakukan sedemikian tapi nak buat macam mana, watak dan kehendak babaknya dah macam tu.

Watak Ain pulak dipegang oleh Nabila Huda dan aku rasa ini di antara performance dia yang terbaik, watak di mana dia telah diperkosa oleh Farid (watak akulah tu) dan hendak dijual di seberang sebagai pelacur tetapi telah diselamatkan oleh 'Mak Ayam' dan berjaya melepaskan diri tetapi telah hilang ingatan dan telah diambil sebagai anak angkat kepada sebuah keluarga kaya yang kebetulan takde anak dan kalau nak tahu kesudahan drama ni, jangan lupa untuk menontonnya nanti ya.

Kali pertama bekerja dengan Que Haidar dan sememangnya dia ni di antara pelakon muda pelapis yang hebat dan aku sendiri pun agak kagum dengan performance dia dalam drama ni, diperkuatkan lagi dengan Ako Mustapha, Shukri Hashim, Normah Damanhuri dan beberapa lagi pelakon senior hebat tanahair dalam memantapkan lagi drama bersiri 13 episod ni...