Wednesday, July 1, 2009
Sunday, June 28, 2009
Skrip KALIS!


Entah kenapalah atas alasan yang kabur, penerbit tadi keberatan untuk merealisasikan skrip aku ini ke drama walaupun telah mendapat kelulusan dari pihak RTM dan terpaksalah aku menarik balik skrip aku ini tetapi yang amat mengecewakan aku terhadap penerbit itu, aku terpaksa melalui satu situasi yang sukar apabila terpaksa mengikut prosedur penarikan skrip yang telah ditetapkan oleh pihak TV yang mana, kena minta kebenaran dari penerbit itu tadi untuk menarik balik skrip aku itu dari syarikatnya walaupun skrip aku itu belum betul2 menjadi hak beliau...
Kekadang itu terfikirlah jugak, atas sebab apa yang dia berhak ke atas sesuatu yang bukan atau belum menjadi haknya tetapi takpelah kerana akhirnya aku berhasil jugak untuk menyelesaikan kemelut tersebut dan KALIS telah direalisasikan ke drama oleh EUROFINE (M) SDN BHD di bawah arahan pengarah HAIZUL...
KALIS berkisar tentang underground street fight yang membabitkan perjudian tetapi tidak mengenepikan isu masyarakat seperti wang ringgit masih menjadi ukuran di dalam sesuatu ikatan percintaan yang akhirnya membawa kepada kehancuran...
Seni mempertahankan diri, SILAT telah dijadikan sebagai 'senjata' di dalam drama ini dan juga ilmu seni mempertahankan diri yang lain seperti WUSHU, TAEKWONDO, TOMOI dan yang lain2 juga mampu untuk menceriakan dan menarik minat penonton untuk menonton drama aksi ini dan aku yakin ianya mampu untuk menarik para penerbit yang lain untuk memilih genre sebegini selain daripada cerita2 seram atau pun kisah masyarakat yang lain...
Tuesday, June 23, 2009
Puteri Aurora Beradu 2...
Drama bersiri PUTERI AURORA BERADU sudah hampir ke penghujung penggambaran dan tak sabar rasanya nak menonton drama ni nanti...
Sebahagian besar babak yang melibatkan aku adalah bersama dengan 3 fairies ( ENOT, AIDA ARIS & RASHIDAH JAAFAR) yang telah ditugaskan oleh Tuan Imran bersama dengan artis sensasi, Rozita Che Wan yang mana aku seorang sahaja lelaki di lokasi, dikelilingi oleh mereka, artis2 wanita popular tanahair dan kekadang rasa lucu jugak melihatkan gelagat masing2 yang riuh rendah bercerita itu dan ini...
Yang paling kelakar semestinya Enot yang tidak habis2 dengan telatahnya sambil mempromosikan cup cakesnya manakala aku pulak menyibukkan diri dengan laptop aku sambil melayari internet semasa break di lokasi sehinggakan aku dah diberi nama BLOGGER BOY oleh mereka...
Mesti ramai yang akan tertanya tanya kenapalah teaser yang terbaru ni, semua orang tidur dan aku rasa, inilah di antara strategi pihak TV3 untuk menimbulkan tanda tanya dan seterusnya akan menarik minat penonton untuk menonton drama bersiri yang akan ke udara tidak lama lagi di TV3...
Friday, June 5, 2009
Lagenda 'Puteri Aurora Beradu'...
Terpanggil sekali lagi oleh Penerbit Eksekutif GBSB, Jalena Rejab untuk terlibat di dalam slot Lagenda 'PUTERI AURORA BERADU' memanglah satu lagi pengalaman yang best dalam hidup sebagai pelakon kerana berlakon di dalam satu slot baru fairy tales ala2 Sleeping Beauty...
Mengisahkan secara ringkasnya, Tuan Imran (akulah tu) berkonflik dengan Sofia Vogue di mana SV telah bersumpah untuk memusnahkan Tuan Imran dan seluruh keturunannya dan drama bersiri sebanyak 20 episod ini akan mula ditayangkan di TV3 pada 21hb Julai setiap hari Selasa-Khamis 4.30pm...
Thursday, June 4, 2009
Kerana Kasih...
Monday, May 25, 2009
LARA di Kemboja...
Bersama dengan delegasi Malaysia yang ketuai oleh Tan Sri Elyas Omar ke Kemboja
Muzium Negara Kemboja
Pengarah Seni, Penolong Pengarah & Juruhias
Selesai sudah penggambaran drama bersiri LARA setelah mengharungi bermacam-macam dugaan sepanjang tempoh bekerja di dalam projek ini...
Pada mulanya agak seronok gak nak ke sana tetapi setelah sampai, agak terkejut jugak dengan keadaan di negara tersebut kerana masih jauh ketinggalan akibat daripada beberapa siri peperangan yang telah melanda negara tersebut sebelum ini...
Kami telah dibantu oleh penyelaras produksi warga tempatan yang sedang menuntut di Universiti Malaya yang mana beliau begitu fasih berbahasa Malaysia dalam menguruskan kemudahan dan lokasi di Kemboja dan dalam keadaan negara tersebut yang serba kekurangan, kami tidak mampulah untuk demand apa-apa dan cukuplah dengan apa yang ada sahaja...
Keadaan di Kemboja yang tersangatlah panasnya telah menyebabkan sebahagian daripada kami mengambil kesempatan untuk menjamu air tebu yang diperah dengan limau kasturi dan mangga potong yang kelihatan begitu menyelerakan tapi aku ikat perut sebab takut nak makan dan akhirnya telah menyebabkan beberapa tenaga kerja dimasukkan ke hospital kerana terkena serangan virus akibat daripada mengambil airbatu dan air yang tidak dimasak dan Badrul Muhayatlah yang telah menjadi mangsa yang pertama di antara yang sakit...
Semasa penggambaran babak pergaduhan dengan Marissa Yasmin, tumbukan aku tersasar dan hinggap di hidung Marissa akibat daripada timing dan posisinya yang telah beralih daripada kedudukan asal sehingga menyebabkan Marissa terpaksa dikejarkan ke hospital (maaf ya Marissa), pening jugaklah kami sebab bimbang sekiranya parah, ianya secara tidak langsung akan menjejaskan perjalanan penggambaran drama ini...
Tidak banyak sangat tempat2 menarik yang dapat dilawati kerana perjalanan dari satu lokasi ke satu lokasi menarik yang lain agak jauh dan struktur jalanrayanya agak tidak baik dan ianya telah mengambil terlalu banyak masa dan hanya dihabiskan di dalam van (nasib baik jugaklah sebab kat luar, panasss)...
Aku pulang beberapa hari sebelum yang lain2 dan aku bersyukur sesangat kerana tidak menghadapi situasi2 yang menyukarkan dan bersyukur sesangat kerana telah dilahirkan dan menjadi anak tanah di negara Malaysia yang serba ada lagi aman damai...
Anugerah Bintang Popular 2008 Bhg. 2...
Kesian kat Zaara yang terpaksa ditinggalkan di dalam bilik dengan nanny sebab dia masih kecil lagi dan tak dibenarkan untuk dibawa sekali (dady janji nanti Zaara dah besar, dady bawa Zaara sekali ya)...
Pada malam tersebut, terdapatnya beberapa kejutan yang telah berlaku seperti kemenangan besar yang telah diraih oleh Nabil dengan 'menewaskan' beberapa nama 2 besar di dalam industri dan semasa aku bergandingan dengan Maya Karin & Umie Aida untuk menyampaikan anugerah bagi kategori Penyanyi Lelaki & Wanita Popular yang mana telah dijangkakan bahawa Dato' Siti Nurhaliza & Mawi telah berjaya merangkul anugerah terbabit.
Persembahan pada malam tersebut amat menghiburkan dan yang paling aku suka adalah persembahan daripada Stacy yang begitu bertenaga dan apabila Kumpulan Kristal bergandingan bersama dengan artis2 senior untuk menyampaikan lagu2 lama yang telah diberikan nafas baru dari segi persembahan...
Pada malam itu jugalah, aku terpaksa balik ke KL untuk bersiap ke Kemboja bagi menyambung drama LARA selama 2 minggu dan aku pun terpaksa post anak dan isteri yang tercinta balik ke Sabah (bagi can kat Zaara jumpa Oma yang sentiasa merinduinya)...
Apa pun, tahniah buat penganjur kerana telah menjalankan tugas dengan baik bagi memberikan satu persembahan dan event yang begitu menghiburkan...
Monday, May 4, 2009
Anugerah Bintang Popular 2008...
Aku telah dikehendaki untuk berada di Genting Highlands oleh pihak penganjur pada hari sabtu 12hb April bagi menjalani rehearsal bersama dengan Umie Aida (Maya Karin tidak hadir kerana ada urusan) dan berkesempatan jugaklah berjumpa dengan kengkawan juga sempat meluangkan masa bercuti bersama dengan isteri dan anak yang tercinta selepas rehearsal tersebut.