Thursday, October 28, 2010

Papa Nak Kawin?

Aku ni sememangnya susah atau pun boleh dikatakan hampir tidak ada offer dari para penerbit tempatan untuk menjayakan watak atau drama komedi kerana mungkin aku ni nampak tak kelakar kot atau pun mungkin sebab jarang dapat watak2 kelakar yang membuatkan takdelah sesiapa yang nak 'jemput' aku terlibat secara langsung di dalam drama2 genre komedi ni.

Entah macam mana, penerbit eksekutif rumah produksi KINI CERMAT SDN BHD, Lazizah Ahmad (orang kuat Grand Brilliance Sdn Bhd pada masa sebelum gawat tahun 1997 dulu) telefon dan offered aku watak yang sememangnya aku tunggu2 sekian lama iaitu watak komedi didalam sebuah drama bersiri 13 eps yang berjudul PAPA NAK KAWIN? Akhirnya ada jugak manusia yang yakin aku mampu untuk merealisasikan watak komedi di dalam drama bersiri komedi yang pertama di dalam sejarah hidup sebagai pelakon (kalau telefilem, adalah 2-3 tetapi drama bersiri, tak pernah!).

Mengisahkan seorang duda yang memikul tanggungjawab membesarkan 3 orang anak2nya dan bagaimana dia menangani masalah2 yang melanda keluarganya dan juga berhadapan dengan ibunya yang sentiasa sibuk mahu mencarikan calon isteri buat ASWARD (watak aku lah tu) dan kerenah bos di pejabatnya yang mempunyai masalah tersendiri iaitu beristeri 3! Asward digilai oleh ramai wanita termasuklah rakan sekolah anaknya sendiri yang telah jatuh hati padanya, kalau nak tahu apakah yang akan berlaku, PAPA NAK KAWIN? akan bersiaran di Astro Warna pada bulan Januari yang akan menjengah kita tidak lama lagi...

Tuesday, September 21, 2010

Slot Lagenda : Siti Kelembai

Drama bersiri slot Lagenda terbaru aku ni sedang ligat dimainkan di TV3 (petang tapi lupa lak pukul berapa, check sendirilah ya kalau berminat, kuang3) dan TV9 (8.30pm-9.30pm) mengisahkan Alang Saidi (akulah tu) telah berkahwin dengan puteri bunian, Puteri Mayang Sari (Jasmin Hamid) tanpa restu daripada Raja Kelembai dan akhirnya telah disumpah menjadi manusia pokok dan aku masih ingat lagi masa kecik2 dulu selalu jugak kedengaran sana sini orang tua2 bercerita tentang KELEMBAI yang tinggal di dalam hutan tebal yang mempunyai kuasa kononnya yang mampu menjadikan apa sahaja yang ditegurnya, menjadi BATU! cuma SITI KELEMBAI ni ambiklah cerita pasal KELEMBAI cuma diubahsuai supaya lebih menarik...

Taklah serius sangat cerita ni, sekadar syok2 menonton komedi ringan dan juga keletah pelakon2 yang terlibat di dalam drama bersiri ini yang telah berjaya membawa watak masing2 yang buat aku teruja jugak dengan drama ni dan inilah kali pertama aku bergandingan dengan adik ipar aku, HADRI SYAFRIEN dan tak sangka boleh tahan jugak performance dia walaupun baru hanya 8 bulan bergelar artis (kasi jek sikit, mana tahu untung2 dia belanja teh tarik kat kedai mamak kat bawah rumah, hehehe)...

Diharapkan agar SITI KELEMBAI ni mampu untuk menghiburkan para penonton dengan jalan cerita yang menarik, lakonan yang baik dan garapan yang bagus daripada pengarah, Ismail 'BOB' Hasim agar penat lelah kami yang telah menjayakan drama bersiri ini berbaloilah apabila dapat sambutan yang baik dari penonton...

Friday, July 16, 2010

DURJA NINGSUN!

Ini kali ke2 buat drama seram selepas JANGAN TEGUR LAGI yang telah ditayangkan di slot seram TV3 suatu masa dulu, ingatkan JTL dah kira habis seramlah buat aku, tak sangka pulak yang ini tersangatlah seramnya sampai tidur pun termimpi mimpi yang bukan2...

Terbitan Excellent Pictures Sdn Bhd, Durja Ningsun juga akan ditayangkan di slot seram TV3 tidak lama lagi yang mana, aku berani menjanjikan keseraman yang tak ingat punya sebab aku sendiri pun tak larat nak ingat2 akan keseraman yang cuba ditonjolkan oleh Ahmad Idham di dalam drama bersiri ini...

Drama ini juga telah menggunakan kamera yang tercanggih dan akan menggunakan teknik CGI (computer-generated imagery) bagi menambahkan rasa seram dan ketakutan yang agak extreme kerana menurut kata Sutradara Ahmad Idham, penonton masa kini sentiasa mahu melihat kelainan di dalam sesebuah produk tempatan yang dihasilkan bagi mencapai kepuasan yang maksima ( iaitu merasakan ketakutan apabila menonton drama ataupun filem seram)...

Mengisahkan roh seorang wanita muda yang mati tidak wajar suatu ketika dulu, kembali untuk membalas dendam dan membongkarkan tentang misteri kematiannya kepada keturunan orang yang menyebabkan malapetaka tersebut... Kalau nak tahu secara keseluruhan drama seram ini, nantikan ajelah tarikh tayangannya tidak lama lagi dan akhir kata dari aku, selamat menakutkan diri sendiri, kuang3....

Wednesday, June 16, 2010

Drama Ramadhan 'KUIH GOYANG SYAFIQ'

Drama bersiri ini adalah kesinambungan telefilem raya tahun yang lepas iaitu KUIH GOYANG SEHA (refer di ruangan sebelum ini TELEFILEM RAYA : KUIH GOYANG SEHA) yang telah ditayangkan di TV3 slot Cerekarama pada musim raya dan telah mendapat sambutan yang baik dari para penonton pada ketika itu akhirnya timbullah ilham untuk menjadikan telefilem itu dalam bentuk drama bersiri pulak...

Masih mengekalkan sebahagian besar daripada para pelakon yang berlakon dalam telefilem tahun lepas cuma Kak Wan Maimunah (watak ibu kepada SHAHRUL watak yg dipegang oleh aku sendiri) dan Jasmin Hamid (watak ROZITA, iaitu teman sekerja SEHA yang dimainkan oleh Rozita Che Wan) cuma kali ini watak SYAFIQ, watak yang dimainkan oleh Nabil telah dikembangkan dan lebih diberi penonjolan sehingga tajuk drama asal telah ditukar kepada KUIH GOYANG SYAFIQ.

Kali pertama bekerja dengan pengarah berkaliber, Jetlee Nazir Juhan adalah satu impian aku sebab akhirnya dapat jugak bekerja dengan beliau (asalnya dulu salah seorang daripada cameraman yang disegani dan juga suami kepada pelakon, Nurseha)...

Masih mengekalkan konsep kekeluargaan yang menghadapi masalah apabila menjelangnya Hari Raya kerana masing2 berebut untuk balik kampung siapa pada tahun ini dan pelbagai masalah yang lucu timbul disepanjang cerita ini dan saksikan bagaimana Syafiq (Nabil Raja Lawak) membancuh dan membuat KUIH GOYANG SYAFIQ, drama bersiri ini yang akan ditayangkan (insya'ALLAH) pada sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini nanti..

Friday, June 11, 2010

Galeri DUYONG ARIDINATA

Sedang2 melepak kat lokasi DUYONG ARIDINATA sementara menunggu krew2 menyiapkan set untuk babak seterusnya yang melibatkan aku, kelihatan kelibat Penerbit Eksekutif Zeel Production sedang melangkah ke arah kami dengan gaya ala2 James Bond dan terus menyapa aku yang sedang dok memerhatikan dia pada masa tu...

Panjang jugaklah bercerita dengan dia tentang perjalanan penggambaran drama bersiri yang akan mengisi slot LAGENDA di TV3 pada Julai ini (kalau tak salahlah ya) sebab dorang baru saja balik dari Pulau Lang Tengah, Terengganu bagi penggambaran underwater DUYONG ARIDINATA ni dan sempat jugaklah dia promosi kat aku dengan menunjukkan gambar2 menarik yang telah diambil dan akan dimuatkan di dalam drama bersiri ini...

Teruja jugaklah bila melihatkan gambar2 underwater dan pada masa yang sama, seronok sebab aku pun terlibat secara langsung di dalam drama (walaupun watak tak besar), berlakon sebagai ROSLI, pengusaha restoran dan juga ayah kepada CLEO, watak yang dimainkan oleh Fasha Sandha...

Diantara impian sebahagian besar karyawan2 seni tanahair adalah sentiasa mahu menampilkan kelainan di dalam produk2 mereka, termasuk jugaklah para selebriti yang sentiasa mengidamkan watak2 yang boleh mencabar kewibawaan mereka sebagai anak seni dan itulah cabaran yang dipikul oleh 3 peranan utama drama bersiri ini, Fasha Sandha, Zack X-Factor dan Natasha Hudson yang mana mereka begitu teruja dan telah berusaha bersungguh sungguh untuk merealisasikan watak masing2...

Apa pun, aku nak ucapkan tahniah buat semua tenaga kerja yang bermati-matian untuk buat yang terbaik dan juga salute kepada pengarahnya Adam Hamid (kali pertama bekerja dengan dia sebagai Pengarah sebab dulu masa kerja dengan dia masih lagi sebagai Penolong Pengarah aje), Penerbit yang dihormati Haji Fadzil (biasalah kena kipas sikit, untung2 adalah next jobs, kuang3) dan Penerbit Eksekutif ala2 James Bond, Bobby dan diharapkan agar drama bersiri ini mampu untuk menarik minat penonton untuk menontonnya kelak, insya'ALLAH...

Thursday, June 10, 2010

Telefilem RATU CINTA...

PROMOSI GO! TEMPOYAK!!!

DANGDUT 'MEMORI DAUN PISANG'

Di antara telefilem kegemaran aku yang mana sampai bila2 pun takan boleh lupa apabila terpaksa menyanyi dan berdansa dangdut lagu yang pernah popular suatu ketika dulu 'MEMORI DAUN PISANG'!

Punyalah dah lama tak bekerjasama dengan aktres Jasmin Hamid tup tup telah digandingkan pulak drama komedi RATU CINTA ini dan aku memegang watak pengusaha GO! TEMPOYAK yang telah berjaya memasarkan tempoyak sehingga ke negara Arab (tak tahulah pulak orang Arab suka makan tempoyak, ada ke?).

Jasmin memang dah biasa dah buat drama2 komedi yang macam ini dan bagi aku pulak, ini kali pertama setelah 16 tahun melibatkan diri di dalam industri hiburan tanahair, mendapat watak yang sebegini, punyalah segan gila masa nak buat babak berangan ni sebab habis semua krew2 yang terlibat didalam drama ini bantai ketawakan aku tapi apa boleh buat, tanggungjawab yang telah diamanahkan mesti dilaksanakan dengan ikhlas, aku pun apa lagi, belasah ajelah... Nasib baik aku ni cepat jugak pick up step2 menari tu dan menjadilah pulak! (biasalah masuk bakul sendiri angkatlah, kuang3)...

Kali pertama pulak tu bekerja dengan pengarah yang sedang meningkat naik (dengan lajunya dalam industri sekarang ni setelah kejayaan beliau dalam drama SUTUN, yang pernah popular dan hangat menjadi bualan ramai pada ketika itu sehinggalah ada permintaan daripada pihak TV untuk kesinambungannya iaitu SUTUN 2) SHAHRULEZAD, yang kreatif dan bergeliga kepalanya...

Apa pun, perkara dah pun berlalu, gelekan aku yang mungkin akan 'mengembangkan tekak' para penonton ini akan menjengah ke TV3 pada bulan Julai ini (tapi tak tahu tarikhnya) pada hari sabtu slot cerekarama, tungguuuu....

Tuesday, April 27, 2010

RATU The Movie...

Akhirnya filem RATU arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen telah siap sepenuhnya dan hanya menantikan tarikh yang sesuai untuk ditayangkan di pawagam tanahair... Filem yang membariskan bintang2 baru ini diharapkan dapat menarik penonton untuk ke cinema kerana kelainan jalan ceritanya sekiranya ingin dibandingkan dengan filem2 Melayu yang ada di dalam pasaran masa kini...

Kali terakhir berlakon filem yang berbentuk adventure adalah pada tahun 1995 iaitu LURAH DENDAM yang telah membariskan bintang2 lama dan baru seperti Raja Azura, Ridzwan Hashim, Janet Khoo, Chef Wan (kali pertama berlakon) dan kali ini berlainan pulak sebab semuanya adalah pelakon2 baru! (tak termasuklah pakcik yang telah berlakon selama 16 tahun ini, hehehe)....

Yang bestnya, inilah kali pertama saya berlakon dibawah arahan Prof Razak yang sebelum ini, selalu jugaklah dengar suara2 sumbang yang berkumandang mempertikaikan kredibiliti Prof Razak sebagai pengarah filem dan bagi saya pulak, setiap pengarah itu mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri dan sebab itulah dapat kita lihat banyak filem2 yang telah dihasilkan sebelum ini mengandungi 'rencah2' yang berbeza di antara satu dengan yang lain kerana penggunaan resepi yang berbeza...

Apa pun, sememangnya setiap manusia yang sudah bertungkus lumus membuat kerja bagi mempersembahkan yang terbaik akan sentiasa mengimpikan pulangan dan sambutan yang terbaik jugak daripada penerima dan diharapkan filem RATU mampu untuk menghiburkan bakal penonton apabila menjengah ke cinema tidak lama lagi dan akhir kata 'FILEM KITA WAJAH KITA'.