Monday, May 25, 2009

Anugerah Bintang Popular 2008 Bhg. 2...

Di malam kemuncak ABP2008, aku dan shantie turun agak awal di ruang menunggu dan jadi berkesempatanlah bergambar dengan rakan2 artis yang datang kemudiannya untuk diabadikan sebagai kenangan.

Kesian kat Zaara yang terpaksa ditinggalkan di dalam bilik dengan nanny sebab dia masih kecil lagi dan tak dibenarkan untuk dibawa sekali (dady janji nanti Zaara dah besar, dady bawa Zaara sekali ya)...

Pada malam tersebut, terdapatnya beberapa kejutan yang telah berlaku seperti kemenangan besar yang telah diraih oleh Nabil dengan 'menewaskan' beberapa nama 2 besar di dalam industri dan semasa aku bergandingan dengan Maya Karin & Umie Aida untuk menyampaikan anugerah bagi kategori Penyanyi Lelaki & Wanita Popular yang mana telah dijangkakan bahawa Dato' Siti Nurhaliza & Mawi telah berjaya merangkul anugerah terbabit.

Persembahan pada malam tersebut amat menghiburkan dan yang paling aku suka adalah persembahan daripada Stacy yang begitu bertenaga dan apabila Kumpulan Kristal bergandingan bersama dengan artis2 senior untuk menyampaikan lagu2 lama yang telah diberikan nafas baru dari segi persembahan...

Pada malam itu jugalah, aku terpaksa balik ke KL untuk bersiap ke Kemboja bagi menyambung drama LARA selama 2 minggu dan aku pun terpaksa post anak dan isteri yang tercinta balik ke Sabah (bagi can kat Zaara jumpa Oma yang sentiasa merinduinya)...

Apa pun, tahniah buat penganjur kerana telah menjalankan tugas dengan baik bagi memberikan satu persembahan dan event yang begitu menghiburkan...

17 comments:

Ogie said...

Salam...Eizlan...

Cantik isteri Eizlan. Eizlan...u really looks like my late 1st brother. Senyum u sama ngan arwah abang i... bila u berlakon memang i suka sangat....hilang rindu pada arwah abang i.Jangan lupa sampaikan salam i pada isteri u...salam sayang buat baby comel u...Zaara.

Josephine Delgado said...

Hi Eizlan. Wow! Didn't know that you had to leave genting after the anugerah! You all must have had a tiring day that day. I must say it was a great show too and lots of surprises too in the awards catergory! Whatever it is you and Vie were both very good looking and gorgeous! ;p

sue-ab said...

aku tengok tv je abp malam tu...tp aku panas pasal masa mc cakap malam ni ramai yg mengandung..tetiba camera focus kat siti nurhaliza...aku secara tak langsung kecik ati bg pihak siti...huhu...sampai skang aku geram kat camera man tuh...

wendy said...

Eizlan..pada tahun 1990 an..masa tu kitaorang baru tingkatan 3. la ni da 30 an da..1st time kitaorang watch your drama. Lupa dah tajuk tapi your acting masa tu memang hebat dan kelas!! Kami sekeluarga wonder dari mana agaknya datang pelakon berbakat dan handsome nih (masa tu artis malaysia tak ramai yang handsome) kecuali azhar sulaiman kut.

Anyway..isteri you memang cun ! Korang memang padan bah...oya..anak you pun comeelll sangat..

Mawaddah said...

ingat lagi eizlan berlakon drama jaguh2.time tu sy mmg minat abis.haha.lame da cerita tu.between anak n isteri eizlan sngat cantik.

Anonymous said...

Selamat Pagi Eizlan,

You look great as always:-)) isteri Eizlan is chantik too..I can not understand every word of your language due to the already passed long period of my learning of it. Therefore, I would appreciate a very much if you could sometimes write at least some sentences of your post in english language :-)))
Thank you in advance and regards from Sarajevo!

R LEeN said...

salam abg eizlan.....
comelnye zaara pakai baju putih yang abg tgh dukung tu....gbr kat tepi blog.....mana beli? hehhehecomel jugak agaknye lau anak alyn pakai...huhuhu melalut plak.

abg dgn kak shanti cantik...sama padan......cute.....semoga hubungan kalian berkekalan ye

Anonymous said...

Dear Eizlan,

As I have understood isteri Eizlan spend a lot of her energy and time to explain some issues on what people are talking around. If I am not mistaken it makes her a very sad and disappointed.
I would like to suggest that she should just be strong and ignore all the stories due to the fact that people will always talk either bad or good as well as all the doors can be closed, but people´s mouth never.
I do not see the point why it is important for her to give explanations to those bad talking persons, which are nobody in her life, especialy if the stories are not true. Therefore, she should concentrate on your beautiful daughter and you - simply to enjoy in every moment.
Thank you for supporting her-when I met you first time I knew i.e.got the feeling that you will be a good husband and father too..
Wish to you and your family all the best and may Allah bless you all the times.
Kindest regards from Sarajevo,
p.s. Sorry for writing this comment on your post, but as I have mentioned earlier my Bahasa-Malay is not that good - aku cakap and faham sike boleh :-))

azlinhasim said...

Salam ukhwah buat Eizlan dan isteri... First time singgah kat laman blog ni.... dan paling saya suka isteri Eizlan pakai tudung ;) alhamdullillah.... sejuk mata memandang... semoga kalian sekeluarga bahagia dan kekal selamanya

Dato' Eizlan Yusof said...

Ogie, oh ye ke? sorry to hear about ur bro, insya'allah rohnya akan ditempatkan dikalangan yang beruntung di akhirat kelak, amin...

Josephine, yup JO, quite tiring but we'd no choice... hehehe...thx JO...

suhaila-ab, hehehe cameraman tu ikut arahan org kat konti, jgn marah dia, kesian...

wendy, drama JAGUH2, thx so much ya...

nmmy84, JAGUH2 tahun 1995...

R LEen, hehehe thx so much!

azlinhasim, aminnn, tkasih ya...

Mawaddah said...

betul2..time cerita jaguh2 keluar sy memang peminat.tak lepas punye.memang best cerita tu.

gambar eizlan kluar magazine mmg dinanti.itulah kan,mase kanak2 memang admire abes :)

bEe HoNeY said...

so beautiful........cntik sgt wife eizlan....terserlah keayuan...mmg padan ensem & cun...meletop

bEe HoNeY said...

cntik sgt wife eizlan....so beautiful..mmg padan sgt cun & ensem...anugerah ilahi....amin

leman said...

my close friends used to call me "Leman" based on ur character dlm Jaguh2.. konon muka sama tapi padahal mcm langit ngan bumi... hahahaha... u r far2 better than me.. =P yeah.. your wife mmg sgt cantik! and ur baby too.. sooooo cute!!!

Anonymous said...

salam bagi abg eizlan ( kena panggil abg coz ur the same age as my hubby and rupa agak sama juga ;)

i just wan to say that ur wife memang cantik sesangat and u guys mmg sepadan..merpati 2 sejoli..bagai pinang dibelah dua etcetc..suka sgt tengok dia pakai tudung..semua org comment the same thing here..;)..diharap berkekalanlah ye and bagus bg abg eizlan sbb berjaya menyuruh isteri bertudung...

as for u, what can i say..ur a really good actor..kudos to all the drama u have acted in..but biasalah..your world of acting ni ada pasang surutnya so all the best in ur business ok!

tc..

Dheena said...

Salam 1Malaysia..Eizlan..

I memang kagum dengan lakunan u sejak dulu lagi..u r a good & talented actor..I pernah berlakun dengan u..lokasi di Penjara Kajang..drama: Nasi Hangit Ikan kering..If u remember..email I..take care-dhee14@email.com..bye!

Anonymous said...

cantiknye isteri u eizlan.tak penah agi i tengok isteri artis secantik ni...huii...sejuk mate memandang...lembut nye muke dye..anak u comel nye..macm anak mat saleh...may allah bless all of u...semoga terus berjaya dalm industri..