Wednesday, November 4, 2009

Akhirnya PISAU CUKUR di cinema...

video

Salam sejahtera buat kengkawan semua, lama betul tak update blog sebab sibuk ngan keluarga, kerja dan mafia wars, hehehe...

Sebenarnya banyak cerita dah dikumpulkan cuma buat masa ni nak bercerita tentang filem PISAU CUKUR yang memasuki cinema2 pada hari khamis 5hb Nov iaitu esoklah...

Kami yang terlibat di dalam filem ini tidak dibenarkan untuk menonton filem ini sehinggalah pada 14hb Oktober iaitu Malam Gala PISAU CUKUR yang bertempat di Cineleasure, Damansara dan berdebar debar gak sebab tak tahu macam mana rupanya dan akan menonton bersama dengan para wartawan dan tetamu jemputan, agak bimbang gak kalau2 dapat feedback yang kurang memberangsangkan tentang filem ini...

Setelah hampir sejam lebih menonton dan dengan riuh rendah para penonton pada masa itu, terasa boleh menarik nafas lega kerana tak sangka pulak PISAU CUKUR adalah sebuah filem melayu yang berwarna warni dan yakin mampu untuk menjadi satu filem yang menghiburkan...

Tahniah kepada pengarahnya BERNARD CHAULY dan tenaga kerja filem PISAU CUKUR kerana telah menghasilkan sebuah filem yang akan memberikan satu nafas baru kepada industri perfileman tanahair dan boleh kata, tak hilang mukalah nanti bila filem ini menjengah cinema2 tanahair esok... Diharapkan agar mendapat respons dan sambutan yang baik dari bakal para penonton dan semoga terhibur! (kepada sesiapa yang sudi untuk menonton filem ini)...

Saturday, August 22, 2009

Telefilem Hari Raya : Kuih Goyang Seha...


Barisan pelakon2 KUIH GOYANG SEHA & Jurumekap ELLE..

Apabila hampir menjelangnya Hari Raya, yang pasti ramai produser akan berlumba -lumba untuk menjalankan penggambaran drama TV yang memaparkan kisah masyarakat Melayu yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang mana, ada yang akan memilih jalan cerita yang akan membuatkan penonton menitiskan airmata dan ada jugak yang akan memilih jalan cerita yang akan membuatkan penonton ketawa terbahak bahak menonton drama khas ini sambil menikmati juadah hari raya umpamanya kuih bahulu yang sedap sesangat apabila dicicah dengan kopi O panas (hehehe, saja aje nak nyakat kengkawan yang sedang berpuasa tu)...

Sebenarnya sepanjang penglibatan aku sebagai pelakon, inilah kali pertama aku menjayakan drama yang mengisarkan tentang Hari Raya dan digandingkan pulak dengan bintang2 cilik yang comel seperti Maisarah (dah lama teringin nak berlakon dengan sicomel ni selepas menonton lakonan selambanya dalam Diari Ramadhan Rafiq) dan hero Hikayat Putera Shazlan ni...

Kali ke2 bergandingan dengan Rozita Che Wan sebagai suami isteri dan juga dengan kehadiran Nabil sebagai adik ipar yang kononnya telah berjaya diseberang sebagai pelakon sinetron yang pulang untuk berhari raya bersama keluarga, pasti akan dapat menarik minat penonton untuk menonton drama semi komedi ini yang akan ditayangkan di TV3 pada hari raya akan akan menjenguk kita tidak lama lagi...

Mengisahkan tentang suami isteri (aku & Rozita Che Wan) yang menghadapi masalah untuk balik ke kampung siapa pada hari raya nanti dan sepatutnya pada tahun ini, mereka mesti pulang ke N.Sembilan kampung sisuami tetapi disebabkan adiknya siisteri (Nabil) yang akan pulang berhari raya dari Indonesia ke Penang telah menyebabkan konflik dalaman di antara mereka sehingga terpaksa menjalankan 'pilihanraya kecil' bagi menentukan pemenang untuk memilih balik ke N.Sembilan ke atau ke Penang...

Bagi kengkawan yang mahu tahu kesudahan drama ini, jangan lupa untuk saksikan KUIH GOYANG SEHA pada hari raya nanti di TV3 dan selamat berpuasa!

Impian Ayah...

Telefilem arahan Zulkifli Salleh ini dibawah syarikat produksi Dark Wave Pictures Sdn Bhd yang mana produsernya Rafina adalah pelakon jugak dulu (masih berlakon sampai sekarang) dan bila ada rezeki lebih sikit, buat drama sendirilah dan jadi bos...

Mengisahkan watak aku yang suka berpoya-poya sebab abahnya kaya duit banyak dan apabila abahnya meninggal dunia mengejut, menyebabkan mamat ni jadi kelam kabut sebab tidak bersedia dalam banyak hal lebih2 lagi dalam hal untuk menguruskan perniagaan abahnya sehinggakan perniagaan tersebut telah diambil alih oleh lembaga pengarah...

Arwah ayahnya telah meninggalkan wasiat melalui peguam yang dilantik bahawa mamat ni akan mewarisi duit peninggalan sebanyak RM10 juta dengan syarat dia mestilah berkahwin dengan wanita yang benar2 mencintainya tetapi pembantu peguam tersebut telah menceritakan tentang perkara itu kepada teman serumahnya yang mata duitan (RAFINA) dan telah menyusun strategi untuk memikat mamat ni tetapi mamat ni pun bijak jugak kerana telah mengadakan cerita bahawa dia lumpuh untuk memastikan bahawa minah tu memang benar2 mencintainya...

Telefilem ini akan ditayangkan di ASTRO tetapi aku tak tahu bilalah tarikh tayangannya dan LISDAWATI sedang hamil 6 bulan anak yang ke2 semasa bersama sama kami menjalankan penggambaran drama ini...

Sunday, June 28, 2009

Skrip KALIS!

video

Sebenarnya dah lama aku simpan skrip KALIS ini dan adalah jugak niat di hati kononnya aku mahu mengarah sendiri tetapi apabila ianya telah diminta oleh salah seorang penerbit yang mahu menerbitkan skrip aku ini, dengan rela hatilah aku melepaskannya...

Pada mulanya, berjalan dengan lancar dan mengikuti prosedur biasa RTM yang mana kenalah di hantar proposal terlebih dahulu dan apabila didapati ianya menarik dan memenuhi kriteria yang telah diberikan oleh pihak TV, maka akan dipanggil untuk presentation dan akhirnya skrip aku ini telah mendapat kelulusan untuk diterbitkan sebagai drama...

Entah kenapalah atas alasan yang kabur, penerbit tadi keberatan untuk merealisasikan skrip aku ini ke drama walaupun telah mendapat kelulusan dari pihak RTM dan terpaksalah aku menarik balik skrip aku ini tetapi yang amat mengecewakan aku terhadap penerbit itu, aku terpaksa melalui satu situasi yang sukar apabila terpaksa mengikut prosedur penarikan skrip yang telah ditetapkan oleh pihak TV yang mana, kena minta kebenaran dari penerbit itu tadi untuk menarik balik skrip aku itu dari syarikatnya walaupun skrip aku itu belum betul2 menjadi hak beliau...

Kekadang itu terfikirlah jugak, atas sebab apa yang dia berhak ke atas sesuatu yang bukan atau belum menjadi haknya tetapi takpelah kerana akhirnya aku berhasil jugak untuk menyelesaikan kemelut tersebut dan KALIS telah direalisasikan ke drama oleh EUROFINE (M) SDN BHD di bawah arahan pengarah HAIZUL...

KALIS berkisar tentang underground street fight yang membabitkan perjudian tetapi tidak mengenepikan isu masyarakat seperti wang ringgit masih menjadi ukuran di dalam sesuatu ikatan percintaan yang akhirnya membawa kepada kehancuran...

Seni mempertahankan diri, SILAT telah dijadikan sebagai 'senjata' di dalam drama ini dan juga ilmu seni mempertahankan diri yang lain seperti WUSHU, TAEKWONDO, TOMOI dan yang lain2 juga mampu untuk menceriakan dan menarik minat penonton untuk menonton drama aksi ini dan aku yakin ianya mampu untuk menarik para penerbit yang lain untuk memilih genre sebegini selain daripada cerita2 seram atau pun kisah masyarakat yang lain...

Tuesday, June 23, 2009

Puteri Aurora Beradu 2...

video

Drama bersiri PUTERI AURORA BERADU sudah hampir ke penghujung penggambaran dan tak sabar rasanya nak menonton drama ni nanti...

Sebahagian besar babak yang melibatkan aku adalah bersama dengan 3 fairies ( ENOT, AIDA ARIS & RASHIDAH JAAFAR) yang telah ditugaskan oleh Tuan Imran bersama dengan artis sensasi, Rozita Che Wan yang mana aku seorang sahaja lelaki di lokasi, dikelilingi oleh mereka, artis2 wanita popular tanahair dan kekadang rasa lucu jugak melihatkan gelagat masing2 yang riuh rendah bercerita itu dan ini...

Yang paling kelakar semestinya Enot yang tidak habis2 dengan telatahnya sambil mempromosikan cup cakesnya manakala aku pulak menyibukkan diri dengan laptop aku sambil melayari internet semasa break di lokasi sehinggakan aku dah diberi nama BLOGGER BOY oleh mereka...

Mesti ramai yang akan tertanya tanya kenapalah teaser yang terbaru ni, semua orang tidur dan aku rasa, inilah di antara strategi pihak TV3 untuk menimbulkan tanda tanya dan seterusnya akan menarik minat penonton untuk menonton drama bersiri yang akan ke udara tidak lama lagi di TV3...

Friday, June 5, 2009

Lagenda 'Puteri Aurora Beradu'...

video

Terpanggil sekali lagi oleh Penerbit Eksekutif GBSB, Jalena Rejab untuk terlibat di dalam slot Lagenda 'PUTERI AURORA BERADU' memanglah satu lagi pengalaman yang best dalam hidup sebagai pelakon kerana berlakon di dalam satu slot baru fairy tales ala2 Sleeping Beauty...

Barisan artis2 yang sedang meletup sana sini seperti Memey (Puteri Aurora), Iqram Dinzly (Hakimi aka Putera), Rozita Che Wan, Enot, Aida Aris, Norish Karman (Sofia Vogue aka Ratu Jahat), Wan Maimunah (Mak Itam aka Bomoh Manderem) dan ramai lagi artis2 nama besar yang terlibat di dalam bersiri ini.

Mengisahkan secara ringkasnya, Tuan Imran (akulah tu) berkonflik dengan Sofia Vogue di mana SV telah bersumpah untuk memusnahkan Tuan Imran dan seluruh keturunannya dan drama bersiri sebanyak 20 episod ini akan mula ditayangkan di TV3 pada 21hb Julai setiap hari Selasa-Khamis 4.30pm...

Thursday, June 4, 2009

Kerana Kasih...

Pengarah KERANA KASIH, Hanafiah Sharif

Kali pertama digandingkan dengan pelakon hebat, Ogy Ahmad Daud sememangnya satu pengalaman hidup sebagai seorang pelakon yang tidak patut dilepaskan dan pada mulanya agak 'goyang' gak bila diberitahu oleh pihak produser tetapi berjaya menyakinakan diri bahawa inilah di antara peluang yang berkemungkinan tidak akan datang untuk kali yang ke2... Mana tidaknya, sudah hampir 15 tahun aku berkecimpung di dalam industri ni tetapi tidak pernah dapat bekerjasama...

Memegang watak seorang suami yang telah jatuh hati kepada janda beranak 3 sehingga menjejaskan keharmonian rumahtangganya telah menimbulkan pelbagai reaksi para penonton yang telah menonton telefilem tersebut minggu lepas, ada yang suka dan ada jugak yang marah dengan apa yang telah berlaku, hehehe best jugak apabila mendapat pelbagai pandangan dan idea2 yang bagus daripada audien tetapi walau apa jua pandangan dan pendapat, KERANA KASIH hanyalah sebuah telefilem tentang kisah yang mungkin berlaku di dalam masyarakat dan juga sebagai hiburan buat penonton2 setia drama Melayu...

Monday, May 25, 2009

LARA di Kemboja...

Mercu tanda di bandar Phnom Penh

Solat Jumaat di salah sebuah masjid Kg Melayu Champa

Bersama dengan delegasi Malaysia yang ketuai oleh Tan Sri Elyas Omar ke Kemboja

Penyelaras Produksi Tempatan, Encik Syukor

Muzium Negara Kemboja

Pengarah Seni, Penolong Pengarah & Juruhias

Ayu Raudhah, Marisa Yasmin dan tenaga produksi LARA

Makanan kegemaran orang Kemboja!

Dataran Royal Palace of Cambodia

Royal Palace of Cambodia waktu malam
Pengarah Fotografi, Ayiem

Bandar Phnom Penh

Selesai sudah penggambaran drama bersiri LARA setelah mengharungi bermacam-macam dugaan sepanjang tempoh bekerja di dalam projek ini...

Pada mulanya agak seronok gak nak ke sana tetapi setelah sampai, agak terkejut jugak dengan keadaan di negara tersebut kerana masih jauh ketinggalan akibat daripada beberapa siri peperangan yang telah melanda negara tersebut sebelum ini...

Kami telah dibantu oleh penyelaras produksi warga tempatan yang sedang menuntut di Universiti Malaya yang mana beliau begitu fasih berbahasa Malaysia dalam menguruskan kemudahan dan lokasi di Kemboja dan dalam keadaan negara tersebut yang serba kekurangan, kami tidak mampulah untuk demand apa-apa dan cukuplah dengan apa yang ada sahaja...

Keadaan di Kemboja yang tersangatlah panasnya telah menyebabkan sebahagian daripada kami mengambil kesempatan untuk menjamu air tebu yang diperah dengan limau kasturi dan mangga potong yang kelihatan begitu menyelerakan tapi aku ikat perut sebab takut nak makan dan akhirnya telah menyebabkan beberapa tenaga kerja dimasukkan ke hospital kerana terkena serangan virus akibat daripada mengambil airbatu dan air yang tidak dimasak dan Badrul Muhayatlah yang telah menjadi mangsa yang pertama di antara yang sakit...

Semasa penggambaran babak pergaduhan dengan Marissa Yasmin, tumbukan aku tersasar dan hinggap di hidung Marissa akibat daripada timing dan posisinya yang telah beralih daripada kedudukan asal sehingga menyebabkan Marissa terpaksa dikejarkan ke hospital (maaf ya Marissa), pening jugaklah kami sebab bimbang sekiranya parah, ianya secara tidak langsung akan menjejaskan perjalanan penggambaran drama ini...

Tidak banyak sangat tempat2 menarik yang dapat dilawati kerana perjalanan dari satu lokasi ke satu lokasi menarik yang lain agak jauh dan struktur jalanrayanya agak tidak baik dan ianya telah mengambil terlalu banyak masa dan hanya dihabiskan di dalam van (nasib baik jugaklah sebab kat luar, panasss)...

Aku pulang beberapa hari sebelum yang lain2 dan aku bersyukur sesangat kerana tidak menghadapi situasi2 yang menyukarkan dan bersyukur sesangat kerana telah dilahirkan dan menjadi anak tanah di negara Malaysia yang serba ada lagi aman damai...

Anugerah Bintang Popular 2008 Bhg. 2...

Di malam kemuncak ABP2008, aku dan shantie turun agak awal di ruang menunggu dan jadi berkesempatanlah bergambar dengan rakan2 artis yang datang kemudiannya untuk diabadikan sebagai kenangan.

Kesian kat Zaara yang terpaksa ditinggalkan di dalam bilik dengan nanny sebab dia masih kecil lagi dan tak dibenarkan untuk dibawa sekali (dady janji nanti Zaara dah besar, dady bawa Zaara sekali ya)...

Pada malam tersebut, terdapatnya beberapa kejutan yang telah berlaku seperti kemenangan besar yang telah diraih oleh Nabil dengan 'menewaskan' beberapa nama 2 besar di dalam industri dan semasa aku bergandingan dengan Maya Karin & Umie Aida untuk menyampaikan anugerah bagi kategori Penyanyi Lelaki & Wanita Popular yang mana telah dijangkakan bahawa Dato' Siti Nurhaliza & Mawi telah berjaya merangkul anugerah terbabit.

Persembahan pada malam tersebut amat menghiburkan dan yang paling aku suka adalah persembahan daripada Stacy yang begitu bertenaga dan apabila Kumpulan Kristal bergandingan bersama dengan artis2 senior untuk menyampaikan lagu2 lama yang telah diberikan nafas baru dari segi persembahan...

Pada malam itu jugalah, aku terpaksa balik ke KL untuk bersiap ke Kemboja bagi menyambung drama LARA selama 2 minggu dan aku pun terpaksa post anak dan isteri yang tercinta balik ke Sabah (bagi can kat Zaara jumpa Oma yang sentiasa merinduinya)...

Apa pun, tahniah buat penganjur kerana telah menjalankan tugas dengan baik bagi memberikan satu persembahan dan event yang begitu menghiburkan...