Tuesday, September 21, 2010

Slot Lagenda : Siti Kelembai

Drama bersiri slot Lagenda terbaru aku ni sedang ligat dimainkan di TV3 (petang tapi lupa lak pukul berapa, check sendirilah ya kalau berminat, kuang3) dan TV9 (8.30pm-9.30pm) mengisahkan Alang Saidi (akulah tu) telah berkahwin dengan puteri bunian, Puteri Mayang Sari (Jasmin Hamid) tanpa restu daripada Raja Kelembai dan akhirnya telah disumpah menjadi manusia pokok dan aku masih ingat lagi masa kecik2 dulu selalu jugak kedengaran sana sini orang tua2 bercerita tentang KELEMBAI yang tinggal di dalam hutan tebal yang mempunyai kuasa kononnya yang mampu menjadikan apa sahaja yang ditegurnya, menjadi BATU! cuma SITI KELEMBAI ni ambiklah cerita pasal KELEMBAI cuma diubahsuai supaya lebih menarik...

Taklah serius sangat cerita ni, sekadar syok2 menonton komedi ringan dan juga keletah pelakon2 yang terlibat di dalam drama bersiri ini yang telah berjaya membawa watak masing2 yang buat aku teruja jugak dengan drama ni dan inilah kali pertama aku bergandingan dengan adik ipar aku, HADRI SYAFRIEN dan tak sangka boleh tahan jugak performance dia walaupun baru hanya 8 bulan bergelar artis (kasi jek sikit, mana tahu untung2 dia belanja teh tarik kat kedai mamak kat bawah rumah, hehehe)...

Diharapkan agar SITI KELEMBAI ni mampu untuk menghiburkan para penonton dengan jalan cerita yang menarik, lakonan yang baik dan garapan yang bagus daripada pengarah, Ismail 'BOB' Hasim agar penat lelah kami yang telah menjayakan drama bersiri ini berbaloilah apabila dapat sambutan yang baik dari penonton...

15 comments:

Mommy Stephanie Liah And Daddy Remy Rizal said...

lah,kawan mak si notty Hadri pun ada ;p

Ferfarfer said...

wah wah.. sy baru tgok. ngee. takot seh muke manusia pokok tuh. gune ape ntah dy mekap

Liyana said...

oooo...adik ipar ke... baru tau... :)

orggilacinta said...

menarik. tp mata jasmin hamid tak dimakeup skali jd menggerutu... bahagian lain ok dah..

cik beLLanan said...

laen terus muka jasmin hamid en. nak tengoklah citer ni nanti ;)

. said...

Siti Kelembai memang best :)

laksamberlipat said...

cerita best..
ngee~~
msti tgk...

doreen sutton / adorin ariff said...

oh, adik ipar rupanya..pttla macam pnah tgk..rasanya dia ada skali la masa tesempak ngn abg lan kt sunway piramid dlu tu..alaa..kt pizza hut tu hehhehe....taniah2..smoga trus berjaya..

Farrah said...

hak hak.. lyn jgk cite ni.. secara x sengaje.. sbb dh tertengok dr ep1, so nk tgk lg dan lg tiap2 hari.. tgk kt tv3 ari isnin-khamis 430-530 :D

dzarr said...

Siti Kelembai memang best...Eizlan...Paling ku tunggu tunggu babak Mayang Sari yang sumpahan jadi kulit batang kayuu..Eee... ngerinya. Congratulation to tukang make-up Si Jasmin Hamid tu... Hebat lu ! Tapi korang saja je letak babak2 tu kat last-last episode... Nak suruh tonton ari ari la tu... Wacalo, Bro !!

Unknown said...

si jasmin ropanya..ingat siti mana tadi...pandai u all buat si jas tu nampak tak nampak mcm jasmin yg biasa bawa watak ala2 mak datin tu

Atiqah said...

suka cerita ni..kelakar..

cLina BeLedZa said...

saya suka tengok karektor eizlan yusuff dalam citer ni.kelakar!

MrShah53 said...

mekap sakan..hehe

hajar6 said...

mak aiii....cantek nya....
mekap brand apa???...dulu masa jadi suri rumah tu ada la masa nk tengok....la ni bila dh single mom...apa2 drama dah...keje..keje..keje