Wednesday, October 3, 2012

Filem BALUN 'Ini Gangster'

Penantian selama hampir 20 tahun akhirnya telah menjadi kenyataan apabila aku dapat tawaran untuk berlakon di dalam filem aksi MMA (Mixed Martial Arts) ini kerana ianya adalah salah satu daripada impian aku sebagai seorang pelakon, dipertemukan dengan pengarah dan juga penerbit filem ini, BOB DATO' AZIZ SINGAH hampir 2 tahun dulu, membincangkan tentang tawarannya pada aku tetapi untuk satu ketika, ianya sepi dan aku beranggapan bahawa mungkin filem ini tidak dapat nak direalisasikan kerana sudah menjadi kebiasaan, filem tidak akan tunggu lama untuk menjalankan penggambaran dan selalunya kalau lama sangat, tak jadilah tu.

Filem aksi MMA terbitan Elements Pictures Sdn Bhd ini mempertaruhkan bintang muda yang semakin meningkat naik, IZARA AISHAH & BETO KUSYAIRY dan juga ramai lagi 'muka baru' (mahir dalam seni mempertahankan diri) dapat dilihat bahawa filem BALUN ini mempunyai resepinya yang tersendiri apabila memfokuskan sebahagian besar daripada babak2 yang terdapat di dalam filem ini, menjurus kearah aksi2 yang brutal dan mencemaskan (mungkin itulah selling point bagi filem ini).

Memegang watak GODFATHER di dalam filem ini, memberikan aku satu kepuasan dan 'nafas baru' sebagai pelakon filem kerana kelainan yang terdapat di dalam filem ini dan banyak pengorbanan (sampai lupa apa itu nasi, hahaha, lebam dan bengkak2 seluruh badan) yang terpaksa dilakukan bagi menjayakan watak ini dan berusaha untuk melakukan semua babak2 aksi dan stunt yang melibatkan aku.

Lokasi : Seluruh Taiping, Perak.

2 comments:

Anonymous said...

salam.. it's a great pleasure meeting u at Majlis Pelancaran Filem Balun..
moga tros maju jaya dato'.....

nor isneini mohd ayob said...

jumpa dato' kat darkwave pictures ni..shooting citer pe? :)