Wednesday, June 16, 2010

Drama Ramadhan 'KUIH GOYANG SYAFIQ'

Drama bersiri ini adalah kesinambungan telefilem raya tahun yang lepas iaitu KUIH GOYANG SEHA (refer di ruangan sebelum ini TELEFILEM RAYA : KUIH GOYANG SEHA) yang telah ditayangkan di TV3 slot Cerekarama pada musim raya dan telah mendapat sambutan yang baik dari para penonton pada ketika itu akhirnya timbullah ilham untuk menjadikan telefilem itu dalam bentuk drama bersiri pulak...

Masih mengekalkan sebahagian besar daripada para pelakon yang berlakon dalam telefilem tahun lepas cuma Kak Wan Maimunah (watak ibu kepada SHAHRUL watak yg dipegang oleh aku sendiri) dan Jasmin Hamid (watak ROZITA, iaitu teman sekerja SEHA yang dimainkan oleh Rozita Che Wan) cuma kali ini watak SYAFIQ, watak yang dimainkan oleh Nabil telah dikembangkan dan lebih diberi penonjolan sehingga tajuk drama asal telah ditukar kepada KUIH GOYANG SYAFIQ.

Kali pertama bekerja dengan pengarah berkaliber, Jetlee Nazir Juhan adalah satu impian aku sebab akhirnya dapat jugak bekerja dengan beliau (asalnya dulu salah seorang daripada cameraman yang disegani dan juga suami kepada pelakon, Nurseha)...

Masih mengekalkan konsep kekeluargaan yang menghadapi masalah apabila menjelangnya Hari Raya kerana masing2 berebut untuk balik kampung siapa pada tahun ini dan pelbagai masalah yang lucu timbul disepanjang cerita ini dan saksikan bagaimana Syafiq (Nabil Raja Lawak) membancuh dan membuat KUIH GOYANG SYAFIQ, drama bersiri ini yang akan ditayangkan (insya'ALLAH) pada sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini nanti..

14 comments:

Boy said...

baru tau yang tu kuih goyang :P

Dato' Eizlan Yusof said...

salam boy... ada macam2 nama kuih tu yang sebenarnya, loyang, ros... mungkin gak ada nama lain yang kita tak tahu, lain negeri lain pulak namanya...

Boy said...

salam.. :P

haaa before ni panggil ros.. baru teringat

Durrani Zamri said...

Salam,
Xsabar nyer nak tgk!!! mesti best...
Kuih Goyang Seha pon best!

Atie Yusup said...

tahniah, x sabar ni nak ngok citer ni....

mr.cape said...

saya panggil kuih sarang tebuan jer..haha..kuih ni memang sedap makan time raya..xsabar nak tengok..congrate!

pu3mas said...

nak tengok la.. mcm bes je.. mesti lucu kan?

Liyana said...

x sbr nak tgk gak..mesti kelaka..hehe

dEeWaN said...

Salam,
harap ditayangkan kena
pd wak2nya agr kami
dpt menonton.

mamaorg said...

WAJIB TONTON , kalau lepas RUGI

Dato' Eizlan Yusof said...

salam all, tengkiu2 for the support...

Anonymous said...

Kalau dekat Brunei kueh tu dipanggil dengan nama KUEH CACAH, rupanya disana dipanggil dengan nama kueh GOYANG... Betul tu eizlan, lain negeri lain nama panggilannya. Apa pun utk drama kali ini mungkin ianya akan lebih seronok lagi dari drama yg lepas. Mesti tengok punya..... Didoakan semoga Eizlan akan terus Maju dan berjaya lagi... Amin...!

Peminat mu dari Seberang Brunei...
ILHAM HM

Anonymous said...

kat penang.. kuih tuu dipanggil 'kuih loyang'.. kuih tuu rapuh.. yummy <3

FazMelati said...

suka citer ni! besttt