Friday, December 10, 2010

Cerekarama 'DIMANA ISTERIKU?'

Kali ke2 bekerja dengan pengarah tersohor, Shahrulezad (kali pertama dalam cerekarama RATU CINTA) cuma kali ini cerekarama yang akan ditayangkan di TV3 pada hari sabtu ni, 11hb Disember lebih berat kalau nak dibandingkan dengan RATU CINTA...

Bukannya selalu boleh dapat skrip yang baik dan bila aku dapat skrip cerita ni, seolah olah aku sedang membaca sebuah novel kisah masyarakat yang menyayat hati dan tak sabar pulak nak tahu apakah kesudahan watak Borhan yang telah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap isteri yang dinikahinya atas kehendak keluarga dan bagaimana arak yang diharamkan oleh Islam, mampu untuk memporak perandakan institusi kekeluargaan dan memusnahkan segala harapan...

Jeng3, bunyi macam ok aje telefilem ni dan kalau berminat nak tahu secara keseluruhan gambaran yang telah diberikan, tengoklah sendiri nanti dan sebenarnya aku pun mengharap sangat agar telefilem ini akan mampu membuatkan kita terfikir sejenak bahawa hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan dan hargailah keluarga yang telah diamanahkan oleh ALLAH SWT kepada kita dan penuhilahnya dengan perasaan kasih dan sayang...

11 comments:

Chekpid said...

comel2 anak eizlan. u'r gd actor, i suka tgk u berlakon drama yg funny..best!

Along25 said...

wah... macam tak sabar jer nak tunggu hehehehehhe!

Unknown said...

Eizlan, memang best la cerita ni, tengah tengok. Satu family tengaah tengok nih.

salha said...

salam en eizlan.. tahniah atas penghayatan watak yang begitu menjadi.. best aaa citer dimana isteriku.. tahniah sekalilagi

dell said...

sy baru je tengok cite dimana isteriku... A+ sy bg......hehe~

- zuriey - said...

bestla cerita ni..congrates

Dato' Eizlan Yusof said...

thnks for watching ya... the script was good, takut jugak kalau tak perform... Ezad, the director pun bagus dan tak cincai buat kerja...

sksuasa said...

best sangat.....air mata tak henti2 kluar...penceritaan yang mudah difahami, tidak meleret2..best ever

marinahunny said...

best citer nih.. ;) teruja dgr en eizlan dipanggil 'pakcik' ;)

Anonymous said...

very good drama...I like. Boleh tau siapa pelakon yg berlakon as your daughter in this movie? I think her name is Shela..

Deana Amane said...

tersentuh tgk cerita ni, memang menimbulkan keinsafan :)