Thursday, October 28, 2010

Papa Nak Kawin?

Aku ni sememangnya susah atau pun boleh dikatakan hampir tidak ada offer dari para penerbit tempatan untuk menjayakan watak atau drama komedi kerana mungkin aku ni nampak tak kelakar kot atau pun mungkin sebab jarang dapat watak2 kelakar yang membuatkan takdelah sesiapa yang nak 'jemput' aku terlibat secara langsung di dalam drama2 genre komedi ni.

Entah macam mana, penerbit eksekutif rumah produksi KINI CERMAT SDN BHD, Lazizah Ahmad (orang kuat Grand Brilliance Sdn Bhd pada masa sebelum gawat tahun 1997 dulu) telefon dan offered aku watak yang sememangnya aku tunggu2 sekian lama iaitu watak komedi didalam sebuah drama bersiri 13 eps yang berjudul PAPA NAK KAWIN? Akhirnya ada jugak manusia yang yakin aku mampu untuk merealisasikan watak komedi di dalam drama bersiri komedi yang pertama di dalam sejarah hidup sebagai pelakon (kalau telefilem, adalah 2-3 tetapi drama bersiri, tak pernah!).

Mengisahkan seorang duda yang memikul tanggungjawab membesarkan 3 orang anak2nya dan bagaimana dia menangani masalah2 yang melanda keluarganya dan juga berhadapan dengan ibunya yang sentiasa sibuk mahu mencarikan calon isteri buat ASWARD (watak aku lah tu) dan kerenah bos di pejabatnya yang mempunyai masalah tersendiri iaitu beristeri 3! Asward digilai oleh ramai wanita termasuklah rakan sekolah anaknya sendiri yang telah jatuh hati padanya, kalau nak tahu apakah yang akan berlaku, PAPA NAK KAWIN? akan bersiaran di Astro Warna pada bulan Januari yang akan menjengah kita tidak lama lagi...