Monday, May 25, 2009

LARA di Kemboja...

Mercu tanda di bandar Phnom Penh

Solat Jumaat di salah sebuah masjid Kg Melayu Champa

Bersama dengan delegasi Malaysia yang ketuai oleh Tan Sri Elyas Omar ke Kemboja

Penyelaras Produksi Tempatan, Encik Syukor

Muzium Negara Kemboja

Pengarah Seni, Penolong Pengarah & Juruhias

Ayu Raudhah, Marisa Yasmin dan tenaga produksi LARA

Makanan kegemaran orang Kemboja!

Dataran Royal Palace of Cambodia

Royal Palace of Cambodia waktu malam
Pengarah Fotografi, Ayiem

Bandar Phnom Penh

Selesai sudah penggambaran drama bersiri LARA setelah mengharungi bermacam-macam dugaan sepanjang tempoh bekerja di dalam projek ini...

Pada mulanya agak seronok gak nak ke sana tetapi setelah sampai, agak terkejut jugak dengan keadaan di negara tersebut kerana masih jauh ketinggalan akibat daripada beberapa siri peperangan yang telah melanda negara tersebut sebelum ini...

Kami telah dibantu oleh penyelaras produksi warga tempatan yang sedang menuntut di Universiti Malaya yang mana beliau begitu fasih berbahasa Malaysia dalam menguruskan kemudahan dan lokasi di Kemboja dan dalam keadaan negara tersebut yang serba kekurangan, kami tidak mampulah untuk demand apa-apa dan cukuplah dengan apa yang ada sahaja...

Keadaan di Kemboja yang tersangatlah panasnya telah menyebabkan sebahagian daripada kami mengambil kesempatan untuk menjamu air tebu yang diperah dengan limau kasturi dan mangga potong yang kelihatan begitu menyelerakan tapi aku ikat perut sebab takut nak makan dan akhirnya telah menyebabkan beberapa tenaga kerja dimasukkan ke hospital kerana terkena serangan virus akibat daripada mengambil airbatu dan air yang tidak dimasak dan Badrul Muhayatlah yang telah menjadi mangsa yang pertama di antara yang sakit...

Semasa penggambaran babak pergaduhan dengan Marissa Yasmin, tumbukan aku tersasar dan hinggap di hidung Marissa akibat daripada timing dan posisinya yang telah beralih daripada kedudukan asal sehingga menyebabkan Marissa terpaksa dikejarkan ke hospital (maaf ya Marissa), pening jugaklah kami sebab bimbang sekiranya parah, ianya secara tidak langsung akan menjejaskan perjalanan penggambaran drama ini...

Tidak banyak sangat tempat2 menarik yang dapat dilawati kerana perjalanan dari satu lokasi ke satu lokasi menarik yang lain agak jauh dan struktur jalanrayanya agak tidak baik dan ianya telah mengambil terlalu banyak masa dan hanya dihabiskan di dalam van (nasib baik jugaklah sebab kat luar, panasss)...

Aku pulang beberapa hari sebelum yang lain2 dan aku bersyukur sesangat kerana tidak menghadapi situasi2 yang menyukarkan dan bersyukur sesangat kerana telah dilahirkan dan menjadi anak tanah di negara Malaysia yang serba ada lagi aman damai...

Anugerah Bintang Popular 2008 Bhg. 2...

Di malam kemuncak ABP2008, aku dan shantie turun agak awal di ruang menunggu dan jadi berkesempatanlah bergambar dengan rakan2 artis yang datang kemudiannya untuk diabadikan sebagai kenangan.

Kesian kat Zaara yang terpaksa ditinggalkan di dalam bilik dengan nanny sebab dia masih kecil lagi dan tak dibenarkan untuk dibawa sekali (dady janji nanti Zaara dah besar, dady bawa Zaara sekali ya)...

Pada malam tersebut, terdapatnya beberapa kejutan yang telah berlaku seperti kemenangan besar yang telah diraih oleh Nabil dengan 'menewaskan' beberapa nama 2 besar di dalam industri dan semasa aku bergandingan dengan Maya Karin & Umie Aida untuk menyampaikan anugerah bagi kategori Penyanyi Lelaki & Wanita Popular yang mana telah dijangkakan bahawa Dato' Siti Nurhaliza & Mawi telah berjaya merangkul anugerah terbabit.

Persembahan pada malam tersebut amat menghiburkan dan yang paling aku suka adalah persembahan daripada Stacy yang begitu bertenaga dan apabila Kumpulan Kristal bergandingan bersama dengan artis2 senior untuk menyampaikan lagu2 lama yang telah diberikan nafas baru dari segi persembahan...

Pada malam itu jugalah, aku terpaksa balik ke KL untuk bersiap ke Kemboja bagi menyambung drama LARA selama 2 minggu dan aku pun terpaksa post anak dan isteri yang tercinta balik ke Sabah (bagi can kat Zaara jumpa Oma yang sentiasa merinduinya)...

Apa pun, tahniah buat penganjur kerana telah menjalankan tugas dengan baik bagi memberikan satu persembahan dan event yang begitu menghiburkan...

Monday, May 4, 2009

Anugerah Bintang Popular 2008...

Setelah sekian lama menyepikan diri, aku telah dinamakan sebagai salah seorang daripada penyampai anugerah bagi kategori Penyanyi Lelaki & Wanita Popular (yang telah dimenangi oleh Mawi & Dato' Siti Nurhaliza) di Anugerah Bintang Popular 2008 yang telah diadakan di Genting Highlands, digandingkan bersama dengan Umie Aida dan Maya Karin yang mana tidak secara langsung mempromosikan filem PISAU CUKUR kami.

Aku telah dikehendaki untuk berada di Genting Highlands oleh pihak penganjur pada hari sabtu 12hb April bagi menjalani rehearsal bersama dengan Umie Aida (Maya Karin tidak hadir kerana ada urusan) dan berkesempatan jugaklah berjumpa dengan kengkawan juga sempat meluangkan masa bercuti bersama dengan isteri dan anak yang tercinta selepas rehearsal tersebut.

Full Dress Rehearsal telah berlangsung pada sebelah malam tersebut bagi memperbetulkan apa2 juga kekurangan sehinggalah menjelang ke pukul 11pm dan pulang ke bilik hotel yang telah disediakan oleh pihak penganjur pada masa itu.