Sunday, December 25, 2011

Tulus Meniti Takdir...

Sudah lama dah tak bekerja dengan kawan lama aku, RINA KHAN dan akhirnya setelah beberapa tahun tidak bersua muka, aku bergandingan dengannya kembali di dalam drama bersiri terbaru yang akan bersiaran di RTM, beliau memikul tanggungjawab sebagai Pengarah dan Penulis Skrip bagi drama bersiri Tulus Meniti Takdir ini...

Aku bergandingan juga dengan Aktes Terbaik Anugerah Skrin dan Festival Filem Malaysia tahun ini, EJA dan barisan bintang2 muda yang mempunyai bakat dan kredibiliti mereka yang tersendiri yang membuatkan aku teruja dengan persembahan yg diberikan oleh mereka...

Kebetulanlah pulak, penerbit drama ini adalah kawan lama aku yang aku sendiri pun tak tahu beliau yang sememangnya aktif di dalam menerbitkan produk2 kreatif sehinggalah beliau sendiri menelefon aku bagi mengajak aku bersama sama dengan teamnya untuk menjayakan TMT...

Mengisahkan sebuah keluarga yang harmoni dan aman damai sehinggalah berlakunya satu kemalangan yang telah membuatkan si isteri lumpuh dan timbulnya dilema apabila isteri membenarkan suami untuk berkahwin lagi dan paling bestnya, kawan baik si isteri pun try jugak sehinggalah dia berkahwin dengan Wahab (akuler) dan bermulalah situasi2 tegang diantara mereka kerana Aida (Zma Zd) tidak sebaik yang disangkakan...mmm... mcm2 boleh jadi rupanya ya kalau kahwin lebih dari satu... hati2 Cik Salmah (petikan dialog dari filem Seniman Bujang Lapok, kalau aku tak salahlah)...

Monday, October 3, 2011

Goyang Shafiq : Jom Pi Cuti...

Alhamdulillah, drama bersiri ( asalnya KUIH GOYANG SEHA) ini telah berlanjutan sehingga ke tahun yang ke3 pada tahun ini dan masih mengekalkan barisan para pelakon yang sama cuma kali ini, Rozita Che Wan tidak dapat untuk bersama dengan kami kerana menghadapi masalah dengan jadualnya yang amat ketat dan oleh kerana itu, satu watak telah diperkenalkan di dalam drama ini dengan mengambil masuk Sharifah Shaheera yang memegang watak pembantu rumah...

Drama ini sepatutnya ditayangkan pada bulan Ramadhan tahun ini tetapi disebabkan jadual penggambaran yang tidak menentu, drama bersiri ini baru sahaja selesai penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan Langkawi dan akan ditayangkan dalam jangkamasa terdekat ini dengan membawa isu yang lain sikit kalau mahu dibandingkan dengan yang sebelum ini...

Dengan kekuatan barisan para pelakon dan juga kekuatan dari segi skrip, ianya telah berjaya (pada pandangan aku) sebagai salah satu produk yang bertemakan kekeluargaan yang harmoni dengan bermacam ragam keletah watak masing2, akan dapat memberikan satu kepuasan kepada para penonton apabilanya ianya ditayangkan nanti...

Diharapkan agar drama bersiri ini akan mendapat sambutan daripada penonton tempatan agar dapat kelulusan daripada pihak TV3 untuk meneruskan lagi kesinambungannya pada tahun hadapan...

Saturday, October 1, 2011

Kiah Pekasam : Kiah Mai Pulak Dah!

Fuh! Lama betul dah tak update blog sebab kesibukan yang amat sangat dengan shooting ke sana ke mari, kerja2 kat opis lagi dan itu belum lagi dikira fanatik MW kat Facebook... Kiah Pekasam musim lepas ni kira antara drama bersiri favourite aku dan tak sangka pulak musim yang terbaru ni, aku tercalon untuk bersama dengan 'keluarga' KIAH PEKASAM...

Lokasi penggambaran hampir keseluruhan cerita di Kuala Perlis dan sebahagian lagi di Kangar, terasa best pulak sebab aku ni boleh dikatakan jarang nak terima drama2 yang shooting diluar Kuala Lumpur sebab terlalu banyak kerja2 yang perlu diselesaikan disini tetapi KIAH PEKASAM punya hal, sanggup meredah perjalanan yang agak jauh dan bermastautin disana selama 2 minggu demi untuk menjayakan watak BIDIN, iaitu watak yang telah diamanahkan kepada aku oleh syarikat terbitan, ZEEL PRODUCTION SDN BHD.

Watak BIDIN ini adalah watak baru yang diperkenalkan didalam drama bersiri yang popular di slot WARNA di ASTRO, yang mana beliau adalah supplier bahan2 mentah kepada chalet yang diterajui oleh KIAH (Rozita Che Wan) yang mana Kiah akan terjatuh hati kepada Bidin dan bermacam macam cara yang digunakan oleh Kiah bagi untuk memikat Bidin...

Kalau nak tahu apa berlaku, kalau korang ada dok kat rumah pada setiap hari khamis 10.30pm, saksikanlah KIAH MAI PULAK DAH di Astro Warna...