Apabila hampir menjelangnya Hari Raya, yang pasti ramai produser akan berlumba -lumba untuk menjalankan penggambaran drama TV yang memaparkan kisah masyarakat Melayu yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang mana, ada yang akan memilih jalan cerita yang akan membuatkan penonton menitiskan airmata dan ada jugak yang akan memilih jalan cerita yang akan membuatkan penonton ketawa terbahak bahak menonton drama khas ini sambil menikmati juadah hari raya umpamanya kuih bahulu yang sedap sesangat apabila dicicah dengan kopi O panas (hehehe, saja aje nak nyakat kengkawan yang sedang berpuasa tu)...
Sebenarnya sepanjang penglibatan aku sebagai pelakon, inilah kali pertama aku menjayakan drama yang mengisarkan tentang Hari Raya dan digandingkan pulak dengan bintang2 cilik yang comel seperti Maisarah (dah lama teringin nak berlakon dengan sicomel ni selepas menonton lakonan selambanya dalam Diari Ramadhan Rafiq) dan hero Hikayat Putera Shazlan ni...
Kali ke2 bergandingan dengan Rozita Che Wan sebagai suami isteri dan juga dengan kehadiran Nabil sebagai adik ipar yang kononnya telah berjaya diseberang sebagai pelakon sinetron yang pulang untuk berhari raya bersama keluarga, pasti akan dapat menarik minat penonton untuk menonton drama semi komedi ini yang akan ditayangkan di TV3 pada hari raya akan akan menjenguk kita tidak lama lagi...
Mengisahkan tentang suami isteri (aku & Rozita Che Wan) yang menghadapi masalah untuk balik ke kampung siapa pada hari raya nanti dan sepatutnya pada tahun ini, mereka mesti pulang ke N.Sembilan kampung sisuami tetapi disebabkan adiknya siisteri (Nabil) yang akan pulang berhari raya dari Indonesia ke Penang telah menyebabkan konflik dalaman di antara mereka sehingga terpaksa menjalankan 'pilihanraya kecil' bagi menentukan pemenang untuk memilih balik ke N.Sembilan ke atau ke Penang...
Bagi kengkawan yang mahu tahu kesudahan drama ini, jangan lupa untuk saksikan KUIH GOYANG SEHA pada hari raya nanti di TV3 dan selamat berpuasa!
28 comments:
Mesti best citer ni :) hahahahha... nice la.. berganding ngan rozita cewah! hope best! selamat berpuasa :p
balik n9 la bang....
wah...
menarik ni cte nye...
agk2 raya kebrapa kua?
mst tngk cte ni...
ad nabil mst la lawak cte ni kn?
xsabo nak tgok cite nih..
suka bangat tgok adik maisarah tu belakon..so sweet hehehe..
samat berpose gak tuh abg eizlan n family..
asyik2 konflik nak balik kampung , buat le konflik lain plak penerbit ni.... huhu, takpe ni drama komedi la sebba nabil ,adik maisarah dan putra syahzan tu ada sure anak2 suka tengok,,, layan je lah,
- mat penang -tetap balik penang beraya couse wife se negeri aje -
Along25, thx so much ya...
fq, tak tahu raya ke berapa tapi yg pasti salah satu daripada hari sabtu masa bulan syawal nanti...
CtiE zAr, hehehe mesti tgk k...
Anonymous, biasalah mood raya tiap tahun memang mcm itu sebab majoriti suka nak tgk...
SELAMAT BERPUASA ALL...
hidup nabil...hehehe
uhhh... mesti best giler cerita ni kan. Harap tak lepas peluang nak tonton nya Raya nanti. Nasib baik lerrr saya ni dengan hubby tu dok satu kampong.tak ler ada pilihan raya kecil nanti hehehe
http://hakishumi.blogspot.com jom usha2 koleksi mutiara..smbl2 usha blh buat tmphn yg mne bkenan smntra prmsi n stok2 msh ada
Hi Eizlan, how are you? Tak sabar nak tengok this citer. I hope you and your family are good. Miss seeing your cute daughter Zaara!!! She has grown up so fast now compare the last time I saw her. ;p
kimsalam kt rozita che wan!!!! ;)
eizlan....selamat maju jaya...sy rasa u dulu senyap agak lama gak kan?pastu muncul balik.....jom main gym..bina otot badan kasi taf sket...http://www.jombinabadan.com
wah mst bez cter ny.
a must see diz raye! hee
alwez admire lakonan eizlan
keep up the good work bro! may Allah bless u n ur family..
i'm ur big fan since ur first telemovie actually.. kalau tak silap tajuknya.. jaguh-jaguh or jaguh kampung macam tu.. i dah lupe.lame sangat..hehehe
well done!!
assalamualaikum eizlan ... dah baca ringkasan crita kuih goyang seha tu mcm best aje .. mesti tunggu nak tonton crita ni .. dgn nabil ada mesti ada unsur jenaka lak ni ...
mesti best crite ni...dan kena tgk nih..
apa2 pun semoga anda terus sukses dalam apa jua bidang yg anda ceburi ye..
must watch!!! :P
Salam Eizlan,
In occesaion of the comming Hari Raya I would like to take this opportunity to say:
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN!
Kindest regards from Sarajevo
Dah tgk citer ni kat slot cerekarama smlam ( 26/9/2009)...
klakor2......n mmg best... Putera syazlan tu slmba jer lakonan dia erk..
mcm tkena kt diri sndiri jer....
sy y duk skampung pung buat pilihanraya gak nk g tang mane dulu...
I give u thumb Up!...satu-satunya cerita bila ada abah tengok dia tak tukar channel lain...(Remote Abah pegang)...ha!ha!ha!
dah tgk citer nih ari sabtu ari tu...punya laa kelakar...yg tak tahan tu bila tgk si nabil balik mesia tapi dah lupa cakap melayu..dok cakap pekat indon...
adik maisara lak leh postphoned mogok lapar esok harinya...
anyway eizlan...congrats cerita U memang best...buat laa lagi cerita macam ni...best boleh release tension tgk citer kelakar camni..
slmt hr rye...hmm..x sngke plak abng de blog jgk.macho la gmbr yg pegang paper tu.hehe..salam silatulrahim..muga berjaya dlm kehidupan dunia akhirat
:)
hmmi watch this movie...to me, ok la...suka tgk abg lan 'gelak nakal' tu..that's really you! tp, ending dia x power ah...but, overall mmg doreen dok tegelak gila ah tgk kekeke...mmg bebudak tu reali good in acting la..cm xbelakon jeh dorang tu ek..
Salam bang, baru berkesempatan melawat blog ni..cantik blog abang ni. sama canteek ngan telefilem kuih goyang seha..semua pelakon berlakon penuh bersahaja...best!
sememangnya best ;)
citer ni mmg best. klaka abes!
"boleh2..raya ke-2" ahahaha
saya dah tgk.. best! *thumbs up* :)
slmt la blog abg x tls mcm karangan..x de la nk bace rase bowink...hee..like linda,zed n ur blog...
nice blog... visit my blog yaa !!!
Post a Comment