Tuesday, April 27, 2010

RATU The Movie...

Akhirnya filem RATU arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen telah siap sepenuhnya dan hanya menantikan tarikh yang sesuai untuk ditayangkan di pawagam tanahair... Filem yang membariskan bintang2 baru ini diharapkan dapat menarik penonton untuk ke cinema kerana kelainan jalan ceritanya sekiranya ingin dibandingkan dengan filem2 Melayu yang ada di dalam pasaran masa kini...

Kali terakhir berlakon filem yang berbentuk adventure adalah pada tahun 1995 iaitu LURAH DENDAM yang telah membariskan bintang2 lama dan baru seperti Raja Azura, Ridzwan Hashim, Janet Khoo, Chef Wan (kali pertama berlakon) dan kali ini berlainan pulak sebab semuanya adalah pelakon2 baru! (tak termasuklah pakcik yang telah berlakon selama 16 tahun ini, hehehe)....

Yang bestnya, inilah kali pertama saya berlakon dibawah arahan Prof Razak yang sebelum ini, selalu jugaklah dengar suara2 sumbang yang berkumandang mempertikaikan kredibiliti Prof Razak sebagai pengarah filem dan bagi saya pulak, setiap pengarah itu mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri dan sebab itulah dapat kita lihat banyak filem2 yang telah dihasilkan sebelum ini mengandungi 'rencah2' yang berbeza di antara satu dengan yang lain kerana penggunaan resepi yang berbeza...

Apa pun, sememangnya setiap manusia yang sudah bertungkus lumus membuat kerja bagi mempersembahkan yang terbaik akan sentiasa mengimpikan pulangan dan sambutan yang terbaik jugak daripada penerima dan diharapkan filem RATU mampu untuk menghiburkan bakal penonton apabila menjengah ke cinema tidak lama lagi dan akhir kata 'FILEM KITA WAJAH KITA'.

6 comments:

liyana said...

wow!! thumbs up! ;)

:: iManja :: said...

senyap je...ye ke dah keluar?

:: iManja :: said...

alamak sory...baru prasan...sedang menunggu tarik yg sesuwei rupernyer...wahh dikelilingi ratu² tu

eizlan yusof said...

salam, belum keluar lagi filem ni, mungkin hujung tahun kot... nanti pasti akan buat promosi filem ni cuma belum dapat tarikhnya lagi...

eykameow said...

hye abang eizlan!
semalam terlupa nak bergambar dengan abang dan isteri.... uhuk uhuk. papepun lakonan abang memang cool :)

tia said...

semua pelakon baru eh ? besttttnye dorg!