Monday, May 25, 2009

LARA di Kemboja...

Mercu tanda di bandar Phnom Penh

Solat Jumaat di salah sebuah masjid Kg Melayu Champa

Bersama dengan delegasi Malaysia yang ketuai oleh Tan Sri Elyas Omar ke Kemboja

Penyelaras Produksi Tempatan, Encik Syukor

Muzium Negara Kemboja

Pengarah Seni, Penolong Pengarah & Juruhias

Ayu Raudhah, Marisa Yasmin dan tenaga produksi LARA

Makanan kegemaran orang Kemboja!

Dataran Royal Palace of Cambodia

Royal Palace of Cambodia waktu malam
Pengarah Fotografi, Ayiem

Bandar Phnom Penh

Selesai sudah penggambaran drama bersiri LARA setelah mengharungi bermacam-macam dugaan sepanjang tempoh bekerja di dalam projek ini...

Pada mulanya agak seronok gak nak ke sana tetapi setelah sampai, agak terkejut jugak dengan keadaan di negara tersebut kerana masih jauh ketinggalan akibat daripada beberapa siri peperangan yang telah melanda negara tersebut sebelum ini...

Kami telah dibantu oleh penyelaras produksi warga tempatan yang sedang menuntut di Universiti Malaya yang mana beliau begitu fasih berbahasa Malaysia dalam menguruskan kemudahan dan lokasi di Kemboja dan dalam keadaan negara tersebut yang serba kekurangan, kami tidak mampulah untuk demand apa-apa dan cukuplah dengan apa yang ada sahaja...

Keadaan di Kemboja yang tersangatlah panasnya telah menyebabkan sebahagian daripada kami mengambil kesempatan untuk menjamu air tebu yang diperah dengan limau kasturi dan mangga potong yang kelihatan begitu menyelerakan tapi aku ikat perut sebab takut nak makan dan akhirnya telah menyebabkan beberapa tenaga kerja dimasukkan ke hospital kerana terkena serangan virus akibat daripada mengambil airbatu dan air yang tidak dimasak dan Badrul Muhayatlah yang telah menjadi mangsa yang pertama di antara yang sakit...

Semasa penggambaran babak pergaduhan dengan Marissa Yasmin, tumbukan aku tersasar dan hinggap di hidung Marissa akibat daripada timing dan posisinya yang telah beralih daripada kedudukan asal sehingga menyebabkan Marissa terpaksa dikejarkan ke hospital (maaf ya Marissa), pening jugaklah kami sebab bimbang sekiranya parah, ianya secara tidak langsung akan menjejaskan perjalanan penggambaran drama ini...

Tidak banyak sangat tempat2 menarik yang dapat dilawati kerana perjalanan dari satu lokasi ke satu lokasi menarik yang lain agak jauh dan struktur jalanrayanya agak tidak baik dan ianya telah mengambil terlalu banyak masa dan hanya dihabiskan di dalam van (nasib baik jugaklah sebab kat luar, panasss)...

Aku pulang beberapa hari sebelum yang lain2 dan aku bersyukur sesangat kerana tidak menghadapi situasi2 yang menyukarkan dan bersyukur sesangat kerana telah dilahirkan dan menjadi anak tanah di negara Malaysia yang serba ada lagi aman damai...

23 comments:

Anonymous said...

filem baru ke tu?
best jgk kemboja...ingtkn teruk
mcm dah maju dah

Anonymous said...

filem baru ke?
ok la kemboja...
igt teruk...mcm dah maju je

R LEeN said...

wah best nye!!!
abg try makan x makanan kegemaran diorang tuh?

SPLUSS ESHOPPING HUB!! said...

Cambodia... tempat yang amat bermakna bagi saya... rindu sangat tempat itu... especially phnom penh... saya ke sana sebagai volunteer kat missionary school dier as English Teacher... i miss Cambodia

Anonymous said...

Nice place with good people with fantastic blogger.

K'rolLRiZ said...

makanan serangga goreng 2 i penah tgk di thailand.memang menyelerakan,,,ha ha.
tringin gak mlawat kat blah2 sana.nak tgk culture sana.dgrnya org malyu pun asalnya dr sana.betul ke?
mcm mana bleh dpt idea shooting kat sana?

Leo said...

amende mknn kegemaran diroang tu...saya tgk cam lipas goreng je...

amely ju said...

wow! byk cabaran awk ni, nasib baik awk ikat perut hehehe...semoga sukses!!!

Anonymous said...

Salam Eizlan,
Apa khabar hari ini ? :-))
Great photos from Cambodia. I guess that you had enough free time to enjoy there - that your stay in Cambodia was "PLEASURE with USEFUL" :-))
Please visit the link: http://www.sff.ba/default.aspx?itemid=&lang=en , which might be of your interest i.e.informative .
Wish you a nice weekend!
Kindest regards from Sarajevo,

Dato' Eizlan Yusof said...

Leo, memanglah lipas, belalang, cengkerik, lelabah dan adalah beberapa lagilah yang mengerikan, hehehe...

amely ju, nasib baik sanggup telan air liur kat sana, if tak, hospitalll...

My old friend from sarajevo, thx so much for the info...

R LEen, best kemendanya mcm tu, cuba tgk gmbr balik, tgk reaction muka tu mcm mana...

wan, drama terbaru tapi sekarang dah ada yang lagi baru, later update...

SPLUSS, baguslah ngajar kat sana, bantu mereka yang memang memerlukan...

K'rolLRiZ, melayu Champa komuniti kecil aje kat sana, adalah beberapa perkampungan dorang kat sana tapi 60% pandai cakap melayu...

Mira said...

salam....

macam mana yek makanan dan minuman kat sana ye...agaknyer mereka tidak mengendahkan kebersihan...tu sebab kalau orang jenis perut tak tahan senang kena penyakit...alhamdulillah semuanya ok..

mia said...

malaysia mmg best lau nk dbandingkan dgn negara asean yg lain.. da nma pon tanh tumpah darah kite.. sume pon best.. kambodia mmg mundur.. mse study tour yg sy ikot dlu pon cmtu.. ecited gile.. but then sampai sne.. agak seram ngan keadaan dia.. tp brg2 agak murah jgk.. ehheeh nice trip kan?? explore n experience..!! msia gak best..

diana said...

hi eizlan!
i da lame ikuti lakonan u since i skolah lagi sampai sekarang u dah ada anak pun!
neway, good luck! =)

R LEeN said...

ahahhahahah
muka abg mcm terpaksa senyum jek...
huhuhu knp lak abg?
bukan dia terbang kat abg pun....

tgh tengok cerekarama nih....
best cite nih.....tp kan bang....
nkk marah ni....knp abg save no aida tu aida 2, mmg r bini tau huhuhuhu
xpandai nih.......

doreen sutton / adorin ariff said...

abg xgeli ke tgk lipas tu smer tu? ish...tidaaaaaaaaaaaaaakkkk!!!!!

abg xtry ke? hehehheh

fq said...

wahhh...
shok nye kt kemboja....
nmpk mcm menrik....
tp mknn kgmarn dyorg 2 ap ek?
cm plik je...
abg x try mkn?

Mawaddah said...

salam kenal:)

haiyaa macam2 ek kat sane.takpe bang, pengalaman penting.lagi best dok kat msia kan.syukur...

macam best air tebu dengan limau..mangga.perghhhh.tapi klu tak bagus,,,haha.baik pendam jela :D

Yatie said...

Salam Eizlan

ni first time saya komen dlm blog you ni, dtg dari blog kak ogy kita :) i ni peminat you dgn kak ogy, best tengok drama kerana kasih lakonan you dgn kak ogy tu, keep up the good work ok..

di NZ ni, ramai jugak org melayu champa cambodia yg dtg sini as refugees dulu, kalau dengar cerita dia org pasal perang mmg sedih you...alhamdulillah negara kita aman damai..

yatie

M@L@ said...

salam... 1st time masuk blog abg eizlan...saya minat tgk kalo abg belakon mmg manjadilah..yg terbaru saya tgk lakonan abg dlm cite ain mmg jht betul lah.. lps tu dlm citer abg & kak ogy minggu lps saya tgk.. pon bestt!!!!...

abg eizlan comei lah anak abg si zara mcm mama nyer cantek..nak kiss sikit..muawahhh!!!

Anonymous said...

erk..kembang tekak tgk peberet food org kemboja.hehehe

Zakyjaafar said...

Napelah tumbuk marissa sampai terlajak tu. Hmm..ade blog die tak? nak wish belated get well soon. Terima kasih Encik Eizlan

Zakyjaafar said...

Seems to be nice place. Anyway Kesian Marissa. Ade blog dia tak? nak wish belated get well soon.

Sheherazade said...

jahat giler E Y dalam drama ni

ending...hukum karma :)

memang puas hati bile E Y kena maki mase nak nikah dgn anak lara hehe


p/s-ingatan lemah sikit..xingta nam watak