Tuesday, March 17, 2009

Himpunan Filem2 CAMEO

Kali pertama aku dijemput untuk melakonkan watak CAMEO pada tahun 2004 di dalam filem TANGKAI JERING arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen dan seterusnya pada tahun yang sama, sekali lagi dioffered untuk watak sebegini dalam filem AKU NO.1, arahan selebriti popular Aznil Hj. Nawawi dan seterusnya yang paling terbaru, SENARIO THE MOVIE EP.1 dibawah arahan Ahmad Idham pada tahun 2008.

Yang sebenarnya aku tidak berapa gemar untuk mengambil watak2 sekadar 1-2 babak ni tetapi lebih kepada sikap kekawanan dan tidak mahu menghampakan permintaan kengkawan, aku buat jugaklah dan kalau mahu dikirakan mileage yang akan diterima dengan memainkan watak2 CAMEO ni, taklah seberapa sangat bagi aku tetapi mungkin (aku harap sangatlah) dengan kehadiran aku di dalam filem2 tersebut bolehlah memberi sedikit warna di dalam filem itu (atau pun mungkin kalau takde pun, takpe kot, hehehe).

Kali pertama bekerjasama dengan Aznil dan Prof Madya A. Razak adalah satu penghormatan buat aku cuma tidak ada apa yang sempat aku timba ilmu daripada mereka kerana hanya terlibat 1 babak saja dalam setiap filem tersebut, tak sampai 1 jam shooting, dah habis babak yang aku terlibat tu dan terus balik, hehehe.

Filem PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM 2 ini pulak, aku tak tahu nak kategorikannya macam mana sebab beberapa babak yang melibatkan aku di dalam filem ini telah di ambil semasa aku terlibat secara langsung di dalam filem PONTIANAK HARUM SUNDAL 1 tetapi takpelah, yang penting adalah jugak pembabitan aku di dalam filem ini.

5 comments:

King5zal said...

heheh macam selalu je King rasa berlakon drama sebabak ni heheh.. CAMEO sungguh King hehehe.. apa boleh buat...

Bro, Knp lama senyap je? ni baru posting? Oh ya..dah baca ke posting2 king di blog? heheh jgn lupa tau..

Selamatttttt

Azwan Hashim said...

Salam..

Abg Lan, bg Azwan 'cameo' mempunyai kepentingan tersendiri dlm filem. Jika seseorang pengarah itu bijak menggunakan peluang dan bakat "cameo" yg diundang dlm filem tersebut, maka penonton sendiri dpt menerima impak biarpun hanya satu babak.

Namun, "cameo" yang ada dalam kebanyakan filem kita hanyalah sekadar penyeri dan seolah-olah bagi 'memeriahkan lagi' filem itu.
Bak kata Abg Lan, tak der pun tak per kan? hehe..

Sewajarnya,cameo yg terdapat dalam sesebuah filem boleh diaplikasikan oleh pengarah dan penulis skrip melalui dialog yg berkesan sekali gus memberi kepentingan dalam naratif filem itu sendiri..

:)

Mya Zulkifli said...

goodluck for ur career. xD

™✖☆akU bDk eSpI [♂] ®™ said...

bro ada myspace x...
friendster ke

eizlan yusof said...

ada myspace, eizlanyusof@ymail.com