Wednesday, March 4, 2009

Drama Bersiri 'LARA'

Sekarang ni aku sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri terbaru aku yang berjudul LARA, terbitan Eurofine (M) Sdn Bhd sebanyak 26 episod yang akan ditayangkan di RTM tidak lama lagi...
Setelah selesai shooting drama CINTA UNTUK AIN (watak antagonis), aku terus sambung kerja dengan drama yang ni pulak dan yang kelakarnya, watak jahat jugak! Cuma kali ini aku taklah pegang watak bapak ayam tetapi watak penjual insuran yang sentiasa mengambil kesempatan ke atas pelanggan2nya, kaki judi dan playboy yang mana nanti akan menghadapi masalah apabila terjebak dengan Ah Long dan terpaksa melarikan diri ke Kemboja (ada peluang shooting kat Kemboja, hehehe)...

Memegang watak 2 era sekali lagi, yang mana setelah melarikan diri ke Kemboja dari buruan Ah Long dan sekembalinya nanti selepas 15 tahun sebagai usahawan yang berjaya tetapi kesilapan lampaunya kembali menghantui hidupnya, jeng jeng jeng, nak tahu apa yang akan berlaku kepada watak Fariq lakonan aku, jangan lupa saksikannya nanti di TV ya...

20 comments:

Josephine Delgado said...

Wow! You are one busy man, Eizlan! But you love what you do right so you can't complaint about that, right. I hope to see this show too. ;p

eizlan yusof said...

hehehe, thx Josephine for ur comment...

cekkeya said...

wah, watak jahat lagi..ehehe takpe, watak papepun, abg eizlan mmg mantap...teruskan pjuangan dlm bidang lakonan...

eizlan yusof said...

tkasih cekkeya...

Noorma Ismail said...

watak jahat, playboy memang sesuai..jngan jadi jahat kat luar drama sudah yer... good luck!!

eizlan yusof said...

hehehe, kat luar good boy, noorma, thx so much...

Haneehana said...

camno ek u jadik watak jahat pasla muka u ,muka baik..mmm..kena watch out kt u tube ni..duk jauh ni takde tb msia aa..hehe

RZ Storyteller said...

Asik kena nikah aje. Syabas bro

eizlan yusof said...

zaman sekarang ni muka baik pun tak boleh caya dah, Haneehana tapi saya memang baik, hehehe...

Asyik kawin kat dalam drama takpe, RZ Storyteller, kalau betul2, mahu kena langgar dengan mem kat rumah nanti, hehehe...

King5zal said...

Wahhh busynya bro..hehehe King ingin ucapkan terima kasih sbb ajar buat blogspot tadi hehehe..nnt dpt payment bolehla belanja teh tarik...

Nanti rajin2 lah ya kita komen masing2 nyer blog..

Drama Lara best... tadi King jadi lawyer heheh ..selalunya watak jahat jugak...

Hope to act again with u soon..

Semoga Berjaya

p/s: pegi Kemboja jgn lupa beli ole ole ya hehe

eizlan yusof said...

salam King, hehehe takpe tolong menolong sesama kengkawan...keep in touch ya...

shafy said...

haluuu...
ni shafiqah ni...yg jadi watak secretary nama akma dlm cite lara ni..hahahaha..if u still remember la.
went to king5zal's blog n found u :P

btw nice meeting u dat day!

eizlan yusof said...

salam shafy...hehehe...yeah, ingat...thx for joining us..

usops said...

tahniah2..murah rezeki ko skang..tu la berkat murah senyum dan berkawan dgn org ko tak memilih bulu..teruskan usaha..nanti boleh ko jd pengarah plak..aminnnn..semuga dimurahkn rezeki lagi..apa2 pun igt ank bini selalu..dugaan ko sebagai artis berat..berat mata memandang berat lagi bahu memikulkan..

sha2zam said...

tahniah eizlan. Alhamdulillah rezeki awak cukup baik. sebagai peminat awak saya turut gembira dgn perkembangan career seni awak. moga akan datang byk lagi. I just love to see u acting ... go eizlan .. good luck

Azwan Hashim said...

Wah..makin murah rezeki Abg Lan skrg.. Alhamdulillah.. ;)
Azwan tumpang happy..

Abg Lan, nampaknya produser & director mula nmpk "aura jahat" dalam bakat abg..

Lagi ramai org benci karektor watak abg dalam lakonan, lagi terbuktilah keberkesanan lakonan abg..

Congrats bro!! :)

Barbie said...

ui cam serius ja part2 tu semua kan hihihe.... anywhere kan broo... good luck 4 all da movie k

Tieny said...

buat abang ezlan.. tahniah..kata orang rezki selepas brumah tangga memang ada..so..teruskan perjuangan, gandakan usaha..jgn putus asa,. bagi Tieny..apa jua watak yang di lakonkan oleh abang ezlan..semuanya ok..

azi said...

Buat Ezlan....semoga terus berjaya dan lebih dimurahkan rezeki. Yang penting jangan lupakan Dia yg. 'DIATAS' dan keluarga terutamanya anak dan isteri yang cantik tu. Saya suka tengok family U....

Anonymous said...

salam..apa tajuk lagu tema drama lara ni ek..best la lagu die..nak try download lagu tu,tapi tak tau tajuk lagu & penyanyi.. :)