Friday, January 23, 2009

Bintang Mula Bersinar...

Sebelum filem PANAS (Oktober 1996) nie, aku ada terlibat dengan 2 buah filem dengan SOLID GOLD MOVIES SDN BHD, CAHAYA CINTA (Mei 1996) & BINTANG TIGA (Jun 1996) tetapi filem2 nie tersangkut kerana syarikat terbitan tersebut telah menghadapi masalah dalaman...

Kali pertama aku digandingkan dengan pelakon versatile, Yusuf Mohammad (Allahyarham) dan Aleeza Kasim, tema cerita pulak tentang seks (taklah divisualkan melampau sangat dalam filem) yang mana aku memegang watak lelaki muda yang berjaya tetapi menghadapi masalah tentang seks dan Aleeza Kasim pula memegang watak anak angkat kepada Yusuf Mohammad dan terpaksa berkahwin dengan bapa angkatnya sendiri yang juga seorang tukang urut batin ( jadi boleh imaginelah macam mana seorang lelaki tua yang hebat di ranjang bila dapat isteri muda ).

Watak Aleeza itu kemudiannya jatuh cinta dengan watak aku tu dan apa lagi, berlakulah pertelingkahan di antara kitaorg bertiga dan akhirnya watak Yusuf Mohammad tu perbetulkan kelemahan watak aku dan melepaskan watak Aleeza kepada watak aku ( kiranya happy ending gaklah). Penceritaan dan garapan yang baik daripada pengarah Nurhalim Hj Ismail ( penerbit filem di bawah syarikat produksinya, NUR TV PRODUCTION SDN BHD) akhirnya aku telah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Kategori Filem di Anugerah Skrin 1998 dan Yusuf Mohammad telah dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Kategori Filem di anugerah yang sama.

Aku juga telah diberikan penghargaan oleh Finas, mewakili negara ke 37th Asia Pasific International Film Festival di Taipei pada tahun 1998. Aku berpeluang berjumpa dengan para pelakon handalan dari negara seperti Christine Hakim ( Indonesia ) dan beberapa lagi ( lupa lak nama2 diaorg, dah lama dah ).

PANAS adalah filem tempatan yang pertama yang telah dikategorikan sebagai 18sx kerana tema filem tersebut yang mana telah 'mengganggu' jugak kutipan tiket pada masa tu dan agak mengecewakan kami tetapi pihak pengurusan terpaksa akur dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan filem ini jugak ( kalau tak silap aku ) tidak dibenarkan dimainkan di TV atas sebab yang sama, sebab itulah aku sendiri pun tak pernah tengok cerita di kaca TV tetapi nasib baiklah ada jugak keluar dalam bentuk DVD...
Lokasi : Sekitar Kuala Lumpur.

No comments: