Pada Ogos 1995, aku telah mendapat kepercayaan sekali lagi untuk membintangi filem aku yang ke 2 dan kali ini datangnya dari seniwati yang tersohor, Datin Rosnani Jamil dibawah syarikat terbitannya iaitu RJ FILEM SDN. BHD.
Sekali lagi, watak pembantu gaklah yang mana pelakon utamanya Ruhil Amani bergandingan dengan Joe Wings...Jadi kawan Joe Wings (pelajar Universiti sesama dengan Joe Wings) tapi sayangnya suara aku tidak digunakan di dalam filem ni (kalau tak silap, guna suara Aktor Kaza) sebab masa tu bercanggah dari segi masa dan kata orang yang bekerja dengan RJ FILEM, aku tidak dapat hendak dihubungi sedangkan aku memang bermatian hendak buat dubbing filem tu tapi takpelah, mungkin setakat itu aje pembabitan aku dalam filem tersebut...
Aku tetap berbangga sebab dapat peluang bekerjasama dengan Seniwati Datin Rosnani Jamil dan Datuk Jamil Sulong (angkatan anak seni zaman Tan Sri P.Ramlee)...Mereka sememangnya begitu komited dengan kerja dan aku tidak menghadapi kesukaran di lokasi sebab mereka banyak membantu dan barisan pelakon yang terlibat di dalam filem nie pun bukan calang2 anak seni, Seniwati Azean Irdawaty, Datuk Aziz Singah, Jasmin Hamid dll...
Lokasi filem ni memang best, kitaorg dibawa ke Padang, Indonesia (kali pertama aku ke sana tu dan masa ni jugaklah baru aku tahu yang arwah atuk aku memang berasal dari sana) tetapi selain shooting, kitaorg lebam jugaklah ambik gambar untuk promosi filem tu nanti, Kak Intan Zabidin dari Media Hiburan bersama jurugambar 'memerah' kami sehingga terpaksa mengenakan baju tradisi Minang untuk sesi fotografi tersebut tapi oklah jugak sebab bila keluar majalah, seronok semacamlah pulak, hehehe...

Lokasi : Kuala Lumpur, Cameron Highlands, Pahang & Padang, Sumatera Indonesia.
No comments:
Post a Comment