Tuesday, July 17, 2012

Aku Sutradara...

Pada 28hb Mei 2012, dengan secara rasminya aku telah bergelar seorang pengarah drama dan orang yang pertama sekali terpampang di dalam ingatan aku adalah abg Nahar Akbar Khan (pengarah filem JIBUN) kerana beliaulah orang pertama dalam hidup memberikan aku peluang untuk 'melaungkan' action dan cut, 2 perkataan yang sememangnya sinonim dengan pekerjaan sebagai pengarah, dalam drama bersiri UKKL yang telah menjalankan penggambarannya di Ipoh pada tahun 1999 (kalau aku tak silaplah sebab dah lama dah tu).

Pada mulanya nama aku naik sebagai salah seorang casting di dalam drama ini dan pengarah yang asal ialah Sutradara Haris Abdul Kadir tetapi terpaksa tarik diri kerana drama ini telah tertangguh untuk satu jangkamasa yang agak panjang, penerbit juga pengurus produksi dah mula 'pening lalat' sebab artis2 sudah dilocked dan juga lokasi penggambaran.

Pengurus produksi, Raja Mohammad datang bertemu dengan aku dan meluahkan perasaannya kerana ketiadaan pengarah untuk drama tersebut dan telah mengajukan cadangan supaya aku ambil peluang ini, pada mulanya aku agak bimbang kerana sebelum ini aku hanya bertindak sebagai pengarah sambilan untuk beberapa drama yang sudah ditayangkan tanpa ramai yang mengetahuinya tetapi drama bersiri 5 BUJANG ini akan menjadi satu tanggungjawab yang amat berat dan juga turning point di dalam hidup aku iaitu satu lagi langkah kehadapan menuju ke arah kerjaya yang diidamkan oleh ramai anak2 seni tanahair.

Aku mengambil masa selama 2-3 hari untuk menimbangkan cadangan itu, juga aku berterima kasih kepada isteriku yang tercinta kerana dengan kata2 semangat beliaulah yang telah membuatkan aku menjadi lebih yakin untuk menyahut tanggungjawab berat itu (mana tak beratnya kalau RM beratus ribu duit penerbit di atas bahu kita, kalau lingkup abislah duit campak masuk longkang).

Aku mengambil masa selama 22 hari untuk menyiapkan drama bersiri 5 BUJANG ini dengan pelbagai kerenah, situasi yang menyenangkan dan juga kurang menyeronokkan seperti kena 'sound' dengan members di salah sebuah kelab di Kuala Lumpur sehinggakan aku terpaksa membatalkan penggambaran disitu dan terus ketempat lain dan pelbagai lagi kesusahan juga kepayahan yang terpaksa diharungi oleh aku dan team aku namun akhirnya, aku berjaya menghabiskan tugas yang diamanahkan di dalam suasana yang meriah diantara kami semua.

Drama bersiri 5 BUJANG ini adalah terbitan Saphire Screen Sdn Bhd untuk tayangan di RTM dengan menampilkan para pelakon muda yang sedang hangat dipasaran dan akhir kata, aku amat mengharapkan agar drama bersiri ini akan dapat memberikan satu kelainan dan satu nafas yang segar di dalam industri penyiaran tanahair, insyaALLAH.

2 comments:

~misshuny~ said...

tahniah..harap terus berkarya n mengarah..=)

azi said...

Tahniah Datuk!! semoga drama ni mendapat sambutan...teruskan mengarah ye...