Monday, October 1, 2012

Himpunan Filem2 MiG

Filem 8JAM ini dah pun selesai tayangannya di cinemas tetapi memori semasa menjalankan penggambaran filem ini di Penjara Taiping masih segar di dalam ingatan aku yang mana aku telah diberi peluang untuk membuat lawatan eksklusif ke dalam kamar gantung yang sebenarnya. Arahan sutradara Ahmad Idham ini bagi aku adalah satu percubaannya yang terbaik untuk mempersembahkan sebuah filem yang padat dengan aksi dan juga telah mendapat khidmat dari pengarah aksi dari Thailand yang mana ianya telah membuahkan hasil yang agak menakjubkan. Bagi aku, ini adalah satu perkembangan yang baik apabila terdapatnya kerjasama diantara kedua negara bagi memartabatkan industri filem di rantau Asia Tenggara dan mungkin bagi segelintir pengkritik, akan mengatakan bahawa statement aku ni agak berlebihan tetapi sekurang-kurangnya ianya telah berhasil menggabungkan kepakaran masing2 untuk dimuatkan di dalam filem ini.

Memegang watak sebagai seorang ustaz di dalam filem ini adalah suatu perkara yang menarik di dalam kamus hidup aku sebagai seorang pelakon dan apabila aku dioffered untuk berlakon di dalam filem romantik komedi ini, aku terus menerimanya kerana kelainan watak yang aku terajui dan secara tidak langsung, ianya telah memberi peluang kepada aku memasukkan dalam list watak2 yang pernah aku pegang sebelum ni. Pengarah muda Ajiboy, adalah seorang pengarah yang mempunyai kelebihannya sendiri (anak didik sutradara terkenal, Mamat Khalid) dan yang sebenarnya semasa beliau masih bergelar sebagai Pembantu Pengarah, beliau pernah meluahkan hasrat untuk mengambil aku berlakon di dalam filem pertamanya dan tidak sangka beliau mengotakan janjinya yang pernah diluahkan kepada aku suatu ketika dulu. SALUTE!

No comments: