Sunday, February 1, 2009

Akan Datang!

Filem aku yang ke14 (Oktober 2008) nie akan menemui penonton di cinema kalau tak silap aku, insya'allah pada pertengahan tahun 2009... Filem romantic comedy nie mengisahkan 2 orang wanita 'pisau cukur' yang menaiki kapal cruise untuk mencari dan memikat lelaki2 kaya dan bermacam-macam kerenah yang akan berlaku sepanjang percubaan mereka untuk menarik perhatian lelaki2 kaya ini.

Kali pertama aku diberikan watak Dato' dan juga aku telah di minta untuk mengikuti kelas tarian bagi menjayakan babak ballroom dance competition yang di anjurkan oleh pihak kapal tersebut... Mula2 tu agak keras jugak setiap langkah2 aku dan tarian cha2 adalah tarian yang paling aku tak suka dalam hidup, kalau salsa ke atau tango ke, bolehlah jugak di cuba2...

Kami juga terpaksa mengikuti kelas intensive bagi mengenali watak2 yang akan dimainkan oleh para pelakon dan telah dikendalikan oleh pengarah filem ini sendiri, Bernard Chauly bersama dengan Aktor Zahim Albakri...

Aku memang suka berlakon dalam sesebuah filem yang mana bila shooting, keadaan lokasinya lain tetapi bila dah siap filem, seolah-olah kita berada di tempat yang lain pulak umpamanya, set kapal yang telah dibuat hanyalah di beberapa tempat yang tiada kena mengena langsung dengan kapal tetapi telah dipaparkan seolah olah kami betul2 sedang berada di atas kapal... Mati2 aku ingat masa mula2 tu kita orang akan shooting atas kapal tetapi rupa2nya hanyalah set yang menyerupai kapal aje...

Lokasi : Sekitar Kuala Lumpur & Selangor.

20 comments:

Webmaster A.N.N.A said...

tak sabar nak lihat ceta ni..:)

eizlan yusof said...

nanti bila dah keluar, jangan tak tengok lak ya...

:: NbC :: said...

HI Eizlan, A'ah here, da siap semuanya ke film ni tunggu nak tayang je ke..? all the best

abby24 said...

salam...pasti bestkan cite nie...tak sabar rasanya nak tgk abg berlakon dlm cite nie..saya pasti takkan ketinggalan tgk cite yang abg lakonkan...saya doakan kejayaan filem nie...

eizlan yusof said...

Salam A'ah, apa kabar? dah habis kat sana ke belum? Filem2 ni yang dah lepas kecuali PISAU CUKUR...

eizlan yusof said...

Salam...thx so much ya Abby24... nanti jangan tak tengok k.

Hafiz Mahadzir said...

cam xsabar jer nak tgk filem ni.... maya n fazyura.. gud combination.. plus... tgk eizlan jadi dato'... gud luck to all.. :)

eizlan yusof said...

Maya dan Fazura memang bagus dalam filem nie, jangan tak tgk nanti k.

:: NbC :: said...

Salam Eizlan,

lom abis, another 1.5 yrs to go
actually just came back fr Msia for my 9 weeks 'so-called' break..

PISAU CUKUR sounds interesting, all the best..

eizlan yusof said...

salam... oh ok... gud luck ya... PISAU CUKUR memang best, insya'allah jun ni main kat cinema.

Mohd Azmi bin Mohamed Idris said...

combination nampak menarik, macam sgt boleh ditonton nanti, one of the 'must-see' list movie saya la nanti.

eizlan yusof said...

thx Azmi...nanti tgk k...salam...

Muahhh4ever said...

xsbr jgk nk tgk!!!:)...

eizlan yusof said...

tak lama lagi dah ni, tadi baru selesai buat dubbing filem ni...

sha2zam said...

cha cha .. satu tarian yg nampak senang tapi susah ... cos bila nak cha cha hati mesti gembira .. klu tak maka wajah tak bawah rentak cha cha tu ... step pun nak kata suka tak sgt .. mcm pandai aje aku ni .. hehe ... actually i hate cha cha too .. Insyallah akan beri sokongan kat u n akan tgk crita ni... truskan n tingkatkan bakat yg dianugerah Allah .. buat yg terbaik ... i'm yr follower dari zaman siri2 drama dulu2 lagi ..

eizlan yusof said...

Insya'allah selagi ada hayat dikandung badan, akan diperjuangkan anugerah yang Tuhan berikan ini.

Thx sha2zam...

Secrets Boutique said...

mcm best je citer ni....hehhee....bile nk masuk sehati berdansa?...da masuk kelas tarian kn?hehehhee...;p

eizlan yusof said...

cerita best, komedi romantik...sehati berdansa taklah, kelas tarian tu untuk filem nie aje...

Azwan Hashim said...

Abg Lan, cmner ngn set kapal tu? adakah pengarah seni & teamnya berjaya "menipu" audiens nanti?
Azwan tak sabar utk melihat hasilnya.. :)

Akuro Sakakibara said...

mcm mnarik...