Friday, January 23, 2009

Langkahku Makin Ke Depan...

LURAH DENDAM adalah filem yang ke3 dan filem yang telah 'mengangkat' aku ke satu tingkat ke atas iaitu di antara peneraju utama filem bersama dengan Redzuan Hashim, Raja Azura, Chef Wan (kalau tak salah, filem Chef Wan yang pertama) dan beberapa lagi pelakon yang lain.

Durasi penggambaran sepatutnya 45 hari tetapi telah berlanjutan selama 6 bulan...Masih aku ingat, berat badan hilang sebanyak 12kg...Kami semua ditempatkan berek askar di dalam kawasan hutan simpan Taman Negara, Merapoh, Kelantan...

Berada selama hampir 3 bulan disitu dengan tiada kemudahan seperti suratkhabar, TV dan boleh dikatakan hampir terputus hubungan dengan dunia luar yang mana talian telefon pun takde! Daripada berek tempat kami tinggal, lebih kurang 20km dari jalan besar dan hampir 70km dari pekan yang terdekat iaitu Gua Musang...
Satu malam tu, sedang kami semua kat dalam berek (elektrik pun takde, kena guna generator) cukup aje masa, semua lampu kena padam, tetiba kedengaran bunyi macam sesuatu mencakar dinding kayu berek tersebut, pucat jugaklah kitaorg pada masa tu tetapi takde siapa pun berani keluar to check out...Masing2 buat2 tidur sampailah ke pagi dan esoknya kami dapati ada kesan cakaran yang agak dalam kat dinding tersebut...Ranjer sampai, bertanyalah kitaorg dan rupa2nya, memang kat situ kawasan laluan binatang liar hutan tersebut dan ranjer sendiri pun tak dok kat situ, hahaha...

Itu belum lagi cerita yang mana ada satu kawasan kitaorg nak shoot, dah set aje dan bila pengarah (Raja Ahmad Alauddin) 'action', dengan tak semena mena, turunlah hujan dengan lebatnya sedangkan langit clear dan bintang2 bertaburan...Kitaorg tak jadi shoot malam dan tunda malam esoknya dan berlaku lagi seperti yang semalamnya, hujan lebat tanpa awan mendung. Kitaorg dah rasa lain dah dan nasib baik pengarah mengambil keputusan untuk shooting tempat lain babak tu dan di bawa ke Yan Kecil, Kedah...

Ada beberapa babak akhir filem tersebut (babak dalam gua), kami telah ke Kuala Lipis dan ditempatkan di salah sebuah sekolah yang terdapat disitu (lupa lak nama sekolah tu dan masa tu cuti sekolah) dengan tiada kemudahan seperti tempat tidur, terpaksalah kitaorg tidur kat dalam kelas dan Production Manager pun adalah siapkan tilam yang 2 inci tu dan selimut toto...Punyalah tak selesa tetapi semangat mengatasi segalanya (pada masa itulah, sekarang tak lagi kot, hehehe).

Pada suatu senja, lepas habis penggambaran pada hari tu, kitaorg bersantailah sekejap untuk meredakan panas badan sementara kena tunggu turn nak mandi (kat tandas kat sekolah tu), lalulah Raja Azura dengan tualanya berjalan ke tandas, aku, abg awin (Redzuan Hashim) dan kalau tak silap, Chef Wan pun ada gak pada masa tu, tegurlah dia ajak lepak sekejap tetapi takde respon dari Raja Azura, peliklah jugak tapi mungkin dia sedang takde mood sebab penat pada masa tu dan seketika kemudian, Raja Azura muncul dari arah yang berlainan dan menuju ke arah kami...Terkejut beruk jugaklah kitaorg masa tu sebab baru nampak dia masuk tandas dan tak lama kemudian dia muncul dari tempat lain lak... siapa yang kitaorg tegur tadi tu? Selepas dari kejadian tu, kitaorg semua dah tak berani nak duduk sorang2...

Lurah Dendam adalah filem direct sound, yang mana sepatutnya para pelakon tak perlulah menjalani proses dubbing tetapi tidak seperti yang kitaorg jangkakan setelah hampir seluruh tapes yang digunakan untuk merakam suara kitaorg tidak boleh digunakan langsung sebab selain daripada suara kitaorg dalam tapes tu, kedengaran jugak suara2 asing seolah-olah kitaorg telah menjalankan penggambaran di dalam kawasan kampung, suara riuh rendah kedengaran amat jelas sedangkan penggambaran kami jauh ke dalam hutan tebal!

Memang bunyinya macam tak masuk akal dan aku pun orangnya tidak berapa percaya dengan dunia mistik nie tetapi bila dah berhadapan dengan perkara2 macam tu dan terkena kat batang hidung sendiri, barulah terfikir yang bukan kita sahaja makhluk kejadian Tuhan yang mendiami muka bumi ini...

Lokasi : Hutan Simpan Merapoh, Kelantan, Yan Kecil, Kedah, Perak, Studio Finas, Kuala Lumpur.

4 comments:

amdydanish said...

tak sabar nak tengak datok eizlan menari.. tak ikut sehati berdansa ke? hope film ni baik sambutan..

Dato' Eizlan Yusof said...

hehehe, Datuk Eizlan insya'allah soon kot... Datuk Hisham, watak dalam Pisau Cukur...

Sehati Berdansa, taklah kot...

Insya'allah...

Author said...

ya allah! sacrynye...

Liyana said...

lurah dendam...hmm teringat zaman kecik2 tgk dgn sepupu2 mase tu hari raya..hehe
filem yg best!!! :))