Tuesday, January 27, 2009

Fuhhh...

Filem aku yang ke8 (September 1997), yang betul2 'mencabar' kredibiliti aku (yang sebenarnya taklah seberapa sangat pun, hahaha) sebagai seorang pelakon...


Pada mulanya aku agak keberatan jugak nak buat filem ni sebab temanya terlalu 'berat' dan pengarahnya pulak (Erma Fatima) memang terkenal dengan ketegasannya tetapi aku terimalah jugak akhirnya, terfkirkan akan peluang sebegini bukannya selalu datang dalam hidup (memang betul pun, lepas PMT ni, takde dah produser nak buat tema filem sebegini, takut tak boleh jual kat panggung sebab takde commercial value)...


Aku, Vanidah Imran dan Azri Iskandar terpaksa melalui intensive class dengan Normah Nordin (penggiat seni yang hebat tetapi garang gila) dan ada satu ketika tu, punyalah tension aku dengan dia, ada ke dia suruh berjalan ulang alik hampir dekat 40 kali tapi tak jugak betul, aku mintak dia tunjukkan, dia suruh aku cari sendirilah pulak, aku punyalah mengamuk masa tu, apa lagi... aku pun 'angkat kaki' keluar dari kelas dia dalam keadaan yang bengang gila dan hampir2 nak tarik diri dah... Nasib baiklah Erma Fatima telah berjaya menyakinkan aku untuk berlakon dalam filem nie (terima kasih boss!)... Tetapi apabila sudah selesai penggambaran filem nie, barulah aku sedar betapa besarnya jasa2 Normah Nordin kepada kami semua yang terlibat dalam pembikinan filem PMT.


PMT juga telah melayakkan aku untuk bertanding bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin 1999, bersaing dengan Aktor Eman Manan (LENJAN) dan Aktor Khalid Salleh (JOGHO) yang mana telah dimenangi oleh Khalid Salleh namun aku tetap berbangga dapat 'bersaing' dengan aktor berpengalaman seperti mereka.


PMT jugak telah melayakkan aku untuk mewakili negara ke 37th Asia Pacific International Film Festival di Taipei, 1998 dan pada tahun 1999, mewakili negara sekali lagi ke The ‘Focus On Asia’ – Fukuoka International Film Festival di Jepun.


Aku telah dianugerahkan Pelakon Harapan Kategori Filem di Festival Filem Malaysia ke14 dan sekali lagi mewakili negara ke 7th Pyongyang Film Festival Of Non-Aligned & Other Developing Countries di Korea Utara, 2000.

Lokasi : Kuala Lumpur & Terengganu.

3 comments:

Anonymous said...

You should post some photos of your awards, I think your fan would love to see them, I know I do! He he he... How many do you have now?
Also when is Vie going to finish her blogs, I can't wait to read it!
Good job Eizlan!

eizlan yusof said...

thx so much for your concern, i'll do it soonest possible...

SATRIATIMUR said...

continue the struggle to rise heritage.............