Tuesday, January 27, 2009

Seterusnya...

Filem yang ke7 (Julai 1997) ini telah diarahkan oleh pengarah tersohor, Dato' Jamil Sulong (kalau tak silaplah, ini filem arahan beliau yang terakhir dan bersara) dan ini adalah filem period aku yang pertama.

Filem ini membawa penonton 'mengembara' ke zaman sebelum penubuhan N.Sembilan yang mana pada ketika itu terbahagi kepada beberapa buah daerah yang tidak bersatu dan sentiasa menjadi mangsa serangan lanun... Ini telah membuat mereka bersepakat untuk menjemput salah seorang daripada anak raja dari seberang (Padang Sumatera Barat) untuk menjadi raja disitu bagi tujuan penyatuan daerah2 dan membendung kegiatan lanun yang sedang berleluasa dan akhirnya Raja Melewar telah ditabalkan untuk menjadi raja yang pertama dan tertubuhnya N.Sembilan.

Agak teruja jugak bila dapat offer daripada Datuk Tajuddin (FILM MASTER SDN BHD) dan yang paling best, watak Raja Melewar pulak tu selain daripada set lokasinya yang berlainan daripada filem2 yang sebelum ini (nak tunjukkan zaman dulu2lah), kostum yang berwarna warni dan menarik juga gandingan pelakon2 baru dan veteran yang terlibat sama di dalam filem ini... Yang peningnya adalah dari segi tuturkata dan gerak langkah semasa berlakon kerana mahu memaparkan zaman dulu2 tetapi nasib baik sebab di bawah arahan Dato' Jamil Sulong dan mendapat tunjuk ajar daripada Seniwati Datin Rosnani Jamil (terlibat sebagai Asst Director dan juga berlakon di dalam filem ini), rasanya agak oklah kot lakonan aku dalam filem nie (biasalah, masuk bakul angkat sendiri, hehehe)...

Kali ke2 di bawa berlakon di Padang Sumatera Barat dan digandingkan pulak dengan para pelakon tempatan disana, membuatkan filem kelihatan lebih real jugaklah (dari segi tuturkata)... Dalam filem ini jugaklah, salah seorang pelakon (yang memegang watak ketua lanun) telah meninggal dunia setelah terlibat di dalam kemalangan jalanraya dan telah digantikan oleh stand in (krew yang kebetulan terlibat sama di dalam filem ini kerana mereka agak seiras!) bagi menghabiskan beberapa babak terakhir yang tidak sempat untuk dihabiskan oleh Allahyarham...

Filem ini jugaklah yang telah melayakkan aku untuk mewakili negara ke 37th Asia Pacific International Film Festival di Taipei, 1998 bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.
Lokasi : Melaka & Padang Sumatera Barat, Indonesia.

No comments: