Thursday, January 22, 2009

Mulanya Di Sini....

Tanggal 25hb Oktober 1994, 'lahirnya' aku sebagai anak seni yang mengimpikan untuk mewarnai persada seni tanah air...Berterima kasih aku kepada Harry Boy, yang telah memperkenalkan aku kepada ibunya, Puan Julie Dahalan (Penerbit Filem & Drama yang terkenal dengan gelaran Iron Lady) yang kebetulan pada masa itu Puan Julie Dahalan dibawah syarikat terbitannya JD Productions Sdn. Bhd. mahu menerbitkan filem KAD CINTA yang diterajui oleh Nasha Aziz (1st time berlakon gak) bergandingan dengan Hairie Othman dan Badrul Muhayat.

Mengelabah jugaklah bila mula2 berjumpa dengan Puan Julie tapi nampaknya pada masa itu, Puan Julie seperti sudah menjangkakan kehadiran aku di pejabatnya dan terus bertanyakan samada aku berminat untuk berlakon ataupun tidak...Memang sejak dari kecil lagi aku sentiasa mengimpikan untuk bergelar 'anak wayang' dan akhirnya impianku menjadi kenyataan bila terpacul aje dari mulut aku nie yang memang berminat sangat2...Puan Julie pun offered aku salah satu watak pembantu (jadi kawan Badrul Muhayat...kira2nya watak yang agak loratlah sebab Badrul pegang watak jahat) dalam filem KAD CINTA...

Hari pertama aku shooting kat kondominium yang terletak kat Taman Melawati, mengelabah jugaklah sebab aku manalah ada pengalaman, tetiba terus ke lokasi dan 'beraksi'...hahaha...Nasib baiklah Badrul Muhayat banyak bagi tips dan dorongan dan kebetulanlah pulak aku memang dah lama kenal Nasha (dulu deejay kat Roller Skating Rink kat Semua House...pot aku gak masa muda belia dulu) dan Hairie pun memang dah kenal agak lama sebelum kami digandingkan dalam filem nie...Jadi taklah terasa kekok sangat sebab kali pertama berlakon dan kerja pulak dengan kengkawan lama...

Lebih kurang 2 minggu aku berada di lokasi, menghabiskan 12 babak yang melibatkan aku kat dalam filem tersebut, masih aku terasa akan 'keseronokan' bila bangun pagi dan bersiap untuk ke lokasi...Excited sesgt...Dalam filem ini jugaklah aku diperkenalkan dengan Norman Hakim (memegang watak sampingan) buat kali yang pertama, punyalah maintain macho Norman masa tu tapi bila dah duduk berborak bersama, kelakar gak mamat tu.

Aku dapat melaksanakan tugas aku dengan baik pada masa tu walaupun aku rasa taklah bagus mana sangat pun, maklumlah 1st time berlakon kan...Keluarga aku pun semuanya memberikan sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bagi pada aku dan dengan selesainya filem KAD CINTA, dengan rasminya aku sudah bergelar pelakon walaupun masa tu aku tak terfikir langsung akan ada lagi job untuk aku lepas filem itu...

Lokasi : Kuala Lumpur & Istanbul, Turki.

5 comments:

usop said...

haha..
tuah ko..nasib baik ko mudah senyum kat org..
sampai skarang ko laku lg...
tahniah..sebab ko x sombong..
bile lagi nak menirap kat releksi..

eizlan yusof said...

salam...kalau sombong tak dapat duit, bro...dah tak menirap dah semenjak dah kahwin nie...

suratimah said...

sinopsis filem 'panas' sounds good...tak pernah tengok...mux go get the dvd lah ni. Ada ke lagi, after soooo many years?

eizlan yusof said...

filem yang memang di tunggu2 dulu sebab subjeknya, hehehe...rasanya ada lagi DVD tu sebab hari tu dapat gak beli 1 copy...

mumu said...

bukan dulu mula dgn drama slot spektra tu ke..?? cerita jaguh-jaguh..pasal dunia badminton.. time tu sy pon kecik lagi..hhaahaha..best cerita tu..drama spektra dulu-dulu pon best2..