Tuesday, January 27, 2009

Selepas Gawat...

Selama hampir 2 tahun aku 'tumbang' akibat daripada kegawatan ekonomi yang melanda negara dan pada masa gawat nielah hampir sebahagian besar daripada artis2 tanahair mengambil keputusan untuk membuka gerai2 makan (laku jugaklah jualan aku tengok)... Aku bukak jugaklah tetapi guna nama aje sebab arwah adik aku yang beriya-iya nak bukak kedai makan (kat Kampung Baru, depan International Hotel)...

Aku bernasib baik sebab ada jugak job masa tu tetapi bayar ciput gila, nak buat macam mana, sapu jugaklah masa tu, hehehe (masa tu buat drama UKKL, cerita doktor2 dan shooting kat Ipoh Specialist Centre, Perak)...

Selepas mengharungi zaman gawat tu, aku agak sepilah sekejap daripada industri sehinggalah pada Julai 2001, aku dapat offer buat filem aku yang ke9 dengan Metrowealth Movies Productions dibawah arahan Z.Lokman dan pada asalnya aku ada 6 babak aje tetapi entah macam mana, watak aku telah dikembangkan sehinggalah ke 44 babak (dah kira aku hero filem nielah)...

Kali pertama dalam hidup, masa shooting kat Filipina, kami telah diberikan senjata yang real untuk digunakan di dalam filem tersebut (tapi guna peluru kapurlah), punyalah gempak dan terasa macho gaklah pada masa tu... Adalah dalam 20-30 butir peluru betul aku gunakan tapi kena tembak ke arah lautlah, hehehe...

Bestnya filem nie sebab melibatkan adegan tembak menembak yang sememangnya real (guna peluru kapur), dibintangi oleh pelakon2 dari Indonesia dan Filipina dan jugak 'kreativiti' pengarahnya, Z.Lokman yang adakalanya melucukan aku (tak boleh nak cerita dengan lebih detail kenapa, sorry k dan sesiapa yang pernah bekerja dengan beliau, pasti akan tahu maksud aku nie, hehehe)...

Lokasi : Kuala Lumpur, Selangor, N.Sembilan & Filipina.

5 comments:

chromosome XX said...

bro..
cita mendam berahi tu sy dh tgk byk kali..
tapi x paham arh..
seyes x paham..
fenin kot..

Dato' Eizlan Yusof said...

hehehe, mungkin filem ni complicated sikit kot... sebenarnya terlalu banyak penambahan babak dalam filem ni yang buat ianya tak really straight forward & keliru sikit.

Anonymous said...

Well i will definately give my support to you bro... All the best! I know you can do it.. Cheerios

Anonymous said...

hi abg... nie adik ......ingat lagi tak... menara duta....

Anonymous said...

hi abg nie adik.... rivilda