Sunday, March 1, 2009

Debaran Semakin Dekat...

Tinggal beberapa bulan sahaja lagi, PISAU CUKUR akan menemui penonton di cinemas yang berdekatan dan secara tidak langsung, debaran dada semakin kuat kerana memikirkan tentang nasib filem aku yang terbaru ini...

Bukannya apa, sekiranya kita berlakon drama, para penonton boleh membuat pilihan samada untuk menonton drama yang melibatkan kita atau pun menukarkan siaran TV mereka tetapi tidak kepada filem kerana para penonton yang pergi ke cinemas kerana mereka mahu menonton filem dan mereka akan dikenakan bayaran untuk itu... Jadi tanggungjawab para karyawan filem amatlah berat demi untuk menyajikan sesuatu yang menarik agar tidak menghampakan para penonton yang mengharapkan sesuatu yang menarik dan segar...
Aku amat berbangga sebagai seorang pelakon kerana telah terpilih sebagai salah seorang artis yang terlibat secara langsung di dalam filem ini kerana bagi aku, filem ini mempunyai nilai2 komersialnya yang tersendiri dan pastinya akan menghiburkan para penonton yang bakal akan ke cinemas untuk menonton filem ini.

Aku rasa inilah di antara filem yang melibatkan terlalu ramai selebriti tanahair, tidak kiralah samada untuk watak utama, watak pembantu sehinggalah ke watak undangan khas yang mana ianya secara tidak langsung, mampu untuk dijadikan di antara daya penarik dan juga di antara kekuatan yang terdapat di dalam filem ini selain daripada performance yang mantap para pelakon baru dan lama yang terlibat di dalam filem ini.

Aku yakin yang filem PISAU CUKUR ini mampu untuk meraih minat penonton untuk ke panggung dan sekaligus akan terhibur dengan jalan ceritanya yang menarik, set dan kostum yang cantik dan juga keletah para selebriti yang berlakon di dalam filem ini...Yang pastinya buat masa ini, inilah satu2nya filem yang mengandungi 'rempah ratus' yang secukup rasa bagi memenuhi selera bakal penonton nanti... Nak cerita lagi takut lak orang akan cakap promosi terlebih lah pulak, jadi akhir kata buat masa ini, pastikan temu janji kita di cinemas yang berdekatan dengan anda kelak untuk menonton PISAU CUKUR!

8 comments:

fizzy said...

PISAU CUKUR???Wow!!sounds interesting..blum lagi nonton..mesti best gilerr punya.

Dato' Eizlan Yusof said...

hehehe, best...nanti tengok ya fizzy, thx so much...

Anonymous said...

Insyallah akan tonton crita ni ... mmg nak support malay movie industry n khasnya to support ur acting career .. u jadi 'datuk' kan?

Dato' Eizlan Yusof said...

thx for supporting our industry, sha2zam...hehehe, 1st time bawak watak 'datuk' ni...

Secrets Boutique said...

xsbr nk tgk.....mesti best..

Josephine Delgado said...

I can't wait to watch this show too. I am sure you nailed the "Datuk" character! ;p Good Luck Eizlan!

aRNie_aYuNi said...

ermm..konfem arnie g tgk..memang tak penah miss tgk wayang citer melayu..even orang kata filem kita tak bagus..tapi bagi arnie, arnie lebih suka tgk filem tempatan di wayang berbanding citer luar..
apapun semoga industri tempatan kita semakin berkembang...

abg lan..biler pisau cukur release?

Dato' Eizlan Yusof said...

thx so much dan syabas, aRNie_aYuNi kerana support filem Melayu kita,
Insya'allah, bulan Jun nanti...