Wednesday, January 28, 2009

Setahun Yang Seterusnya...

Pada Julai 2003, aku telah berlakon filem aku yang ke11 dibawah pengarah yang disegani, Shuhaimi Baba (yang sebenarnya memang teringin sangat nak bekerja dengan dia) dan kali pertama aku bergandingan dengan Maya Karin...

Bila baca skrip aje pun dah meremang bulu roma pada masa tu dan aku dah agak mesti filem nie seram gila... Ada satu babak yang mana Maya Karin duduk bertenggek kat atas loteng, punyalah seram aku tengok tetapi nasib baiklah aku takde terjumpa ke dengan 'benda2' yang aku sendiri tak berminat nak bersua muka dengan 'dia orang' nie tetapi adalah satu insiden yang mana (aku takde masa tu) semasa ramai2 ambik gambar buat kenang-kenangan, muncul pulak lembaga hitam kat belakang mereka tanpa disedari bergambar bersama...

Maya Karin memang performed dalam filem ini dan kali ke2 aku bekerja dengan Azri Iskandar (masa tu berlakon dalam Perempuan Melayu Terakhir), tidak kurang hebatnya dan watak aku dalam filem nie sebagai Norman, cucu kepada Marsani (Azri Iskandar) yang telah digoda oleh pontianak sebab berdendam dengan Marsani yang telah membunuhnya satu ketika dulu (sebenarnya watak aku biasa aje)...

PHSM telah merangkul beberapa anugerah prestij di luar negara dan Maya Karin sendiri pun telah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Asia Pasifik, ini telah menjadikan PHSM diantara filem yang terbaik yang pernah diterbitkan.

Lokasi : Sekitar Kuala Lumpur.

2 comments:

noughul said...

ahaa, citer ni agak seram..well done bro lan...

Dato' Eizlan Yusof said...

hehehe, masalahnya diri sendiri pun terasa seram gak... gambar tu ada keluar kat majalah (lupa majalah apa)...