Wednesday, January 28, 2009

Setahun Selepas Itu...

Selepas setahun selesai penggambaran filem Mendam Berahi, aku terima satu lagi offer daripada Ambri Kailani Zain (kali pertama mengarah filem) iaitu filem aku yang ke10 (Julai 2002), Black Maria...

Aku di offered watak yang diterajui oleh Azhar Sulaiman tetapi setelah membaca habis skrip tersebut, aku pun cuba memujuk pengarah agar menukar watak tersebut kepada watak Azman (sebab watak itu best sesangat, melibatkan fighting) dan akhirnya Ambri bersetuju dengan cadangan aku tu dan sebagai balasannya, aku menukar penampilan aku dengan menyimpan jambang (yang sebatu satu tu) dan memotong rambut aku betul2 pendek agar nampak kelainan penampilan aku dibandingkan dengan filem2 yang lepas...

Gandingan baru dan lama, membuatkan aku seronok berada di lokasi (Jo Radzwill dan Fasha Sandha kalau tak silap, kali pertama berlakon) dan berganding pulak dengan mamat havoc (Azhar Sulaiman) sememang gamat lokasi dibuatnya, Lisdawati pulak masa itu maintain gadis melayu terakhir, hehehe...

Teringat aku masa di lokasi kat Klang, babak pertarungan di akhir filem nie, mengambil masa selama 3 malam untuk dihabiskan dan nasib baiklah sebelum shoot filem, aku dah workout gila2 supaya tak pancit tapi terjelir jugaklah lidah pada masa tu... Ramai jugak yang bertanyakan tentang title filem nie ada kena mengena ke dengan van polis black maria tu, yang sebenarnya ia bermaksud kehidupan watak Maria (Lisdawati) yang hitam setelah dia diperkosa oleh psycho.

Lokasi : Kuala Lumpur, Selangor & Kelantan.

2 comments:

Anonymous said...

Well done, smua film2 lakonan Eizlan memang hebat yg setanding dgn film2 luar. Hanya cerita yg berkualiti sahaja yg boleh 'survive' waktu ni. Semoga film ni akan dpt mengegarkan lg peminat2 tempatan dan luar.

Good Luck.

Dato' Eizlan Yusof said...

thx so much Hamzah...